KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menjangkakan kewujudan permintaan terhadap tenaga kerja sektor penerbangan di masa depan, kini mempelawa belia terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus kejuruteraan teknikal pesawat kendaliannya.
Pendaftaran bagi pengambilan tahun ini dibuka sehingga 15 Julai 2021 untuk kalangan lelaki dan wanita berusia 18-26 tahun serta menepati syarat asas iaitu sijil SPM dengan keputusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains selain kesihatan yang baik.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Luqman Md Azmi berkata, setakat ini terdapat 400 pesawat didaftarkan di Malaysia dan dijangka angka itu dijangka meningkat dalam lima tahun lagi, sekali gus akan mewujudkan permintaan terhadap bakat atau tenaga kerja berkaitan.
"Matlamat kami adalah untuk membangunkan modal insan selain memastikan lulusan Malaysia Airlines ini dipandang tinggi oleh penggiat penerbangan utama di peringkat tempatan mahu pun global.
"Sebagai syarikat penerbangan nasional dan peneraju di pasaran serantau, adalah menjadi satu penghormatan untuk kami jika dapat memainkan peranan membangunkan barisan tenaga kerja yang mahir serta terlatih.
"Malah, ini juga dapat memastikan (jaminan) kewujudan tenaga kerja yang mencukupi di masa akan datang untuk menampung keperluan pertumbuhan mampan industri ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Latihan bagi pengambilan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Latihan Kejuruteraan Malaysia Airlines Bhd dan mematuhi ketetapan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pihak berkuasa penerbangan lain seperti Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
Jabatan Latihan Kejuruteraan berkenaan yang khusus dalam memastikan tawaran tenaga kerja dalam bidang berkaitan penerbangan, menawarkan pelbagai latihan serta kursus untuk mereka yang berhasrat menjadi kakitangan penyelenggaraan penerbangan menerusi pelbagai kurus latihan kejuruteraan dan penyelenggaraan.
Selain itu, latihan berkenaan menyediakan kursus pengenalan serta jenis pesawat meliputi pelbagai pesawat seperti Viking DHC6-400, ATR72-500, B737-600/700/800/900 dan kumpulan A320, A330, A350 serta A380.
Malaysia Airlines sememangnya dikenali dengan rekod prestasi hebat dalam menghasilkan barisan jurutera dan juruteknik berkaliber.
Malah, sebagai sebuah organisasi penyelenggaraan dan latihan yang diiktiraf CAAM, kalangan jurutera serta jurutekniknya sentiasa mendapat tempat serta dicari oleh syarikat penerbangan lain, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.
Jabatan berkenaan turut menawarkan skim latihan bagi menghasilkan kalangan jurutera penyelenggaraan pesawat berlesen, jurutera bengkel, kursus juruteknik dan juruteknik rendah serta program latihan enjin di lapangan menggunakan simulator.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Malaysia Airlines kini mempelawa belia terutama lepasan SPM untuk mengikuti pelbagai kursus kejuruteraan teknikal pesawat kendaliannya. - Gambar fail
Berkelakuan ganas, dua suspek ditahan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan berkelakuan ganas susulan rusuhan yang menyasarkan masyarakat islam di beberapa bandar United Kingdom (UK) pada Khamis.
Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Menteri Israel Smotrich
Palestin pada Khamis menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran.
Muhammad Yunus pulang ke Dhaka, bakal angkat sumpah
Muhammad Yunus dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan sementara di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada petang Khamis waktu tempatan.
Palestin pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.
FGV hasilkan minyak isirung sawit mentah pertama patuh EUDR
FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama yang mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
[TERKINI] Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia
Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Amir Hadi
Mahkamah Persekutuan akan melihat menentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, berhubung pertuduhan ke atas Setiausaha Agung MuDa, Amir Hariri Abd Hadi
Dua ditahan, pelbagai dadah bernilai RM3.44 juta dirampas
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah hasil rampasan pelbagai dadah bernilai RM3.44 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Tangkak pada 3 Ogos hingga semalam.
Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal
MAS berkata, kesemua penumpang telah disediakan tempat penginapan sementara, penerbangan baharu dijadualkan pada jam 9 pagi, 5 Ogos 2024
Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.
Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun
Angka yang menjadi sasaran Amal ialah 40,000 jemaah umrah berbanding 20,000 penumpang setiap bulan ketika ini.
Amal perkenal pakej umrah khas hargai GLC, rapat ukhuwah
Amal laksana promosi dan tawar diskaun harga bagi menjadikan pakej kami lebih murah berbanding dengan pakej-pakej lain sedia ada di pasaran.
Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366 dan MH367
Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi.
Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024
Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat A330neo pertamanya pada suku ketiga tahun ini.