APA itu MERDEKA? Adakah ia sekadar sambutan pada 31 Ogos setiap tahun?
Menjelang 62 tahun kemerdekaan negara kita tahun ini, keamanan dan keharmonian Malaysia yang dikecapi sejak sekian lama tidak datang dengan mudah.
Darah dan keringat nenek moyang yang tumpah demi kebebasan hakiki menjadi taruhan demi kemakmuran ibu pertiwi buat generasi mendatang.
Namun, apakah #MaknaMerdeka dalam erti kata yang sebenar?
Bagi tujuh anak muda ini, kesempatan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digunakan sebaiknya untuk memahami #MaknaMerdeka.
Ditanya apa pentingnya meraikan MERDEKA, Dr Mahathir menjawab melalui kemerdekaan yang dicapai, kita boleh membangunkan sendiri negara kita.
“Bila kita MERDEKA, kita boleh tentukan nasib kita sendiri.
"Kita yang mentadbir, kita yang berusaha untuk memajukan negara kita."
Di kesempatan itu juga, Perdana Menteri yang mesra disapa sebagai Tun ditanyakan tentang peranan generasi muda kini.
Dr Mahathir dalam jawapannya menyeru remaja kini agar menjaga sensitiviti antara kaum dalam negara yang berbilang bangsa ini.
"Remaja mestilah sedar dan tahu tentang keadaan dalam negara; sedar bahawa negara kita ini berbilang kaum dan kita perlu rapatkan hubungan antara kaum, dan kita tidak sengaja menimbulkan kemarahan antara mana-mana kaum," ujar beliau.
Peluang julung kalinya bertemu pemimpin nombor satu negara tidak dipersiakan dan seterusnya diabadikan dalam satu sesi swafoto.
Bagi penerbit Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin, video berdurasi 4 minit itu bertujuan menyingkap erti kemerdekaan daripada kaca mata pemimpin negara yang pernah mengharungi keperitan era sebelum MERDEKA.
Ditanya tentang mesej yang ingin disampaikan melalui rakaman ini, ini jawapannya: “Video ini dibuat secara santai di mana remaja-remaja ini bertanya kepada Tun Dr Mahathir soalan spontan mengenai kemerdekaan dan ia juga dijawab secara spontan.”
Beliau yang juga Pegawai Media kepada Perdana Menteri berkata, remaja memainkan peranan penting untuk meneruskan kesinambungan keamanan dan keharmonian yang dicapai negara kita.
"Mesejnya generasi muda adalah penentu masa depan di mana satu hari nanti, yang tua ini akan pergi," kata Abdul Muhaimin lagi.
Mukriz Mahader
Wed Aug 28 2019

Dr Mahathir menyeru remaja agar sedar tentang keadaan dalam negara; sedar bahawa negara kita ini berbilang kaum dan keperluan rapatkan hubungan antara kaum.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

#MaknaMerdeka daripada kaca mata Dr Mahathir
Tetapi, apakah #MaknaMerdeka dalam erti kata yang sebenar?