KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi memaklumkan hasil libat urus yang dilaksanakan mendapati majoriti majikan terpilih bersedia untuk menyokong Dasar Gaji Progresif.
Menterinya, Rafizi Ramli berkata, persetujuan sama turut dinyatakan oleh wakil-wakil persekutuan majikan semasa cadangan berkenaan dibentangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Jelas beliau, ini kerana mereka berpandangan Dasar Gaji Progresif menepati kehendak pihak majikan termasuk pelaksanaannya bersifat sukarela dan memberi ruang untuk diteliti terlebih dulu.
"Majikan juga menyokong cadangan pemberian insentif tunai untuk mengimbangi kos buruh yang akan meningkat.
"Kaji selidik terhadap 2,038 pekerja mendapati sebanyak 60 peratus menyokong pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, dengan pandangan bahawa dasar ini dijangka berupaya untuk meningkatkan gaji pekerja secara sistematik.
"Golongan pekerja juga bersedia untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti untuk menerima kenaikan gaji," katanya di Dewan Rakyat ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif pada Khamis.
Rafizi menambah, mekanisme Dasar Gaji Progresif yang dibangunkan meliputi tiga kriteria utama, iaitu syarat penyertaan, cadangan kenaikan gaji tahunan serta insentif mengikut kadar dan kumpulan pekerja.
Antara syarat penyertaan ialah pekerja yang layak untuk didaftarkan haruslah menerima gaji bulanan tidak melebihi had gaji yang akan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
"Pada tahun pertama pelaksanaan, cadangan had gaji ditetapkan untuk pekerja yang menerima gaji bulanan di bawah RM5,000 dan tidak kurang daripada gaji minimum.
"Cadangan ini mengambil kira jumlah pekerja yang menerima gaji bulanan di dalam lingkungan RM1,500 dan RM4,999 merangkumi 66.6 peratus atau seramai empat juta pekerja.
"Had gaji yang ditetapkan ini mampu memberi liputan yang cukup luas untuk pekerja swasta menerima manfaat daripada inisiatif ini," katanya lagi.
Menurut Rafizi, panduan kenaikan gaji tahunan Dasar Gaji Progresif akan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif mengikut sektor ekonomi dan kategori pekerjaan dalam Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Hasimi Muhamad
Thu Nov 30 2023
Rafizi menambah, mekanisme Dasar Gaji Progresif yang dibangunkan meliputi tiga kriteria utama, iaitu syarat penyertaan, cadangan kenaikan gaji tahunan serta insentif mengikut kadar dan kumpulan pekerja - Foto fail/ BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat
Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK).
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G
Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps.
LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan
Ketua Audit Negara mengemukakan 64 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi, serta syarikat kerajaan yang diaudit.
Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.