JAKARTA: Sesebuah Majlis Media perlu bersifat bebas meskipun kos pengoperasiannya dibiayai kerajaan, kata Ketua Pengarang IDN Times Uni Lubis.
Beliau berkata institusi kewartawanan yang bebas dan profesional adalah penting bagi landskap demokrasi sesebuah negara selaras peranannya sebagai 'The Fourth Estate'.
"Meskipun operasinya menggunakan belanjawan negara tetapi institusi itu perlu bebas dari sebarang intervensi pihak luar termasuk pemerintah. Maka, Pers Council (Majlis Media) itu perlu menjadi lembaga bebas tertinggi yang menguruskan wartawan.
"Seperti di Indonesia di mana operasi (Dewan Pers) dari belanjawan negara tetapi ia bebas. Kerana dana itu bukan dari duit presiden sebaliknya wang rakyat dan pembayar cukai. Jadi tidak mengapa. Kerana pers (media) yang merdeka, profesionalisme itu penting bagi sesebuah demokrasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sesi lawatan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia yang disertai seramai 15 wartawan ke Ibu Pejabat IDN Times sempena Program Jejak Serumpun, semalam.
Berkongsi mengenai peranan wartawan pada Pemilihan Presiden Indonesia dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 , Uni berkata industri media di negara itu dilihat telah memainkan peranan dengan baik melalui penghasilan berita yang cukup kritis.
Beliau berkata dengan dominasi media sosial dalam Pemilu 2024, peranan media dilihat semakin penting dalam menghasilkan liputan bagi calon presiden dan anggota legislatif, termasuk menyemak informasi di media sosial.
Terdahulu, Delegasi ISWAMI Malaysia turut hadir menyaksikan proses mengundi bagi Pemilu 2024 di pusat pengundian 060 Lebak Sulus di Jakarta Selatan.
Wartawan Malaysia turut melakukan liputan di pusat pengundian berkenaan yang menjadi pusat mengundi bagi calon presiden Indonesia Anies Baswedan sebelum mengadakan sesi temu bual khas di kediamannya di sekitar pusat mengundi itu.
Siri lawatan ini diketuai Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Shukri Ishak.
ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia, berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Mohd Shukri (lima, kanan) bersama Uni (enam, kiri) dan delegasi media Malaysia ketika sesi lawatan ke IDN Times pada Program Jejak Serumpun ISWAMI di Jakarta, 14 Feb 2024. -- fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Majlis Media perlu bebas meskipun kos operasi dibiayai kerajaan - Uni
Katanya, institusi kewartawanan yang bebas dan profesional adalah penting bagi landskap demokrasi sesebuah negara.

Jawatankuasa pro-tem bermula, Majlis Media menjelang Disember
Ia akan membincangkan Majlis Media sebagai sebuah badan kawal-selia kendiri (self-regulatory body) bagi menjaga kepentingan media.

Dua bidang utama jadi fokus untuk kebebasan media - Gobind
Katanya, kerajaan baharu menjanjikan lebih banyak ketelusan dan akauntabiliti dan menghapuskan undang-undang bercorak menindas yang pernah digunakan sebelum ini.

Majlis Media dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini - Gobind Singh
Beliau berkata mesyuarat pertama penubuhan majlis tersebut diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini.

Akta berkaitan media dikaji semula, beri lebih kebebasan - TPM
Kerajaan sedaya upaya mahukan kebebasan penulisan dan penerbitan serta penyiaran bahan-bahan itu tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan sedia ada.