Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berharap untuk melihat Majlis Media ditubuhkan menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata mesyuarat pertama penubuhan majlis tersebut diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya pada Jumaat dan mereka bersetuju majlis berkenaan ditubuhkan melalui Akta Parlimen.
"Kami mengadakan perbincangan hampir dua jam. Kami mencapai persefahaman bahawa majlis tersebut perlu ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan rang undang-undang yang dicadangkan akan digubal dengan tumpuan pada masa ini kepada lima bidang utama," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Mesyuarat tersebut melibatkan Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin, yang mewakili media, kumpulan akademik, menteri berkenaan (Gobind) dan wakil Pejabat Peguam Negara.
Sejumlah 12 kumpulan diwakili pada mesyuarat tersebut.
Mengulas lima bidang utama di bawah cadangan rang undang-undang itu, Gobind berkata mereka menggariskan objektif dan fungsi majlis, perlembagaan majlis dan keahlian, kod tatalaku, kaedah penyelesaian pertikaian dan peruntukan umum termasuk mengkaji undang-undang semasa yang perlu dimansuhkan atau dipinda apabila majlis itu dibentuk.
"Saya telah meminta bahagian penggubalan untuk menyediakan draf awal dalam tempoh dua minggu dari sekarang dan selepas itu jawatankuasa sementara terdiri daripada ahli-ahli media akan dibentuk untuk memuktamadkan butiran terperinci cadangan rang undang-undang tersebut," katanya.
Gobind berkata beliau kemudian akan mengadakan pertemuan semula dengan pemegang taruh bagi memperincikan cadangan terakhir itu.
"Saya harap untuk melihat ia (rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen dan Majlis Media ditubuhkan menjelang akhir tahun ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengemukakan cadangan bertulis atau sebaliknya dan mereka yang menghadiri mesyuarat tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Perjumpaan kali pertama Gobind bersama A Kadir, wakil-wakil media, kumpulan akademik dan Jabatan Peguam Negara berkenaan Majlis Media di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 21 Jun, 2019. - Foto Facebook
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.