KUALA LUMPUR:Kerjasama antara UMNO dan DAP untuk membentuk kerajaan bukan perkara mustahil, kata bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin.
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional (BN).
“Apakah UMNO yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP?
“Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook peribadi beliau.
Beliau juga berhujah bahawa DAP yang membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) juga ingin kembali berkuasa boleh membentuk gabungan baru termasuk dengan UMNO.
“Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baharu yang termasuk UMNO.
“Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah UMNO tidak terfikir kaedah yang sama?
“Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik dimana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti,” katanya lagi.
Dalam tulisannya, Kadir turut mendedahkan beliau menerima mesej menerusi WhatsApp dari seorang pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong tentang kerjasama antara dua parti itu.
Mesej itu diterima pada petang Jumaat lepas, hari dimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan sebagai Menteri Besar Perak.
Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.
Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.
Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.
Irwan Muhammad Zain
Sun Dec 06 2020
![Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61582866670_AKadirJasin.jpg)
A. Kadir berhujah bahawa DAP yang membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) juga ingin kembali berkuasa boleh membentuk gabungan baru termasuk dengan UMNO. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas? soal Presiden UMNO Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas? soal Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724383713_perhimpunanagungum.jpg)
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
![NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan. NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674375823_TBHAMZAHUMNOSABAH.jpg)
NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
![Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678273356_Muhyiddinditahanp.jpg)
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.
![Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661601017_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.
![PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660657165_TBRUNAHARUN.jpg)
PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
![Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655431343_Azmin.jpg)
Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
![Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643531605_TBMASLAN.jpg)
Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan
Keputusan Datuk Zuraidah Kamaruddin menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.
![USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649844141_TBHAJIJI.jpg)
USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
![PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643535292_JOHORBAHARUDatara.jpg)
PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
UMNO dan BN dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.
![PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641728441_MujibuMuis.jpg)
PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.