Majlis Daerah Jempol (MDJL) malam ini (Selasa) diisytihar sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJL).
Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di sini, di hadapan kira-kira 3,000 warga Jempol.
Dengan pengisytiharan itu, MPJL kini menjadi majlis perbandaran keempat di negeri ini selepas Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Turut berkenan berangkat ke majlis pengisytiharan itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta barisan Exco kerajaan negeri.
Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata MDJL telah memenuhi kriteria yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dinaik taraf sebagai sebuah majlis perbandaran.
"Pengisytiharan ini terhasil daripada komitmen kerajaan negeri dan juga warga MDJL bagi memastikan daerah Jempol dirancang pembangunannya secara holistik.
"Besarlah harapan saya supaya MDJL yang dinaik taraf kepada perbandaran akan memberi impak positif kepada penduduk setempat serta penduduk yang bersempadan," katanya.
Menteri Besar dalam sidang media kemudian berkata dengan pengisytiharan itu ia akan membolehkan Jempol menerima pelaburan yang lebih banyak selain melonjakkan sektor pelancongan dan perkilangan setempat.
"Dengan kemudahan perbandaran yang baik, kami mengharapkan taraf hidup rakyat akan lebih baik," katanya.
Aminuddin berkata selari dengan pengisytiharan itu, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara juga akan membuka cawangan di sini demi kemudahan masyarakat setempat.
"Kami minta mereka ini beroperasi dalam tahun ini juga. Sekarang ini mereka dalam proses ubah suai bangunan untuk dijadikan pejabat," katanya.
MDJL ditubuhkan pada 1 Ogos 1980.
Pada 3 Jan tahun lepas, kerajaan pusat telah meluluskan cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk menaik taraf MDJL kepada MPJL.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 29 2019
Tuanku Muhriz mencemar duli mengisytiharkan Majlis Daerah Jempol (MDJL) sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) pada Selasa malam. - Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Pembangunan Bandar Baharu Bagan Datuk dalam proses pengambilan tanah - Ahmad Zahid
Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk, bagi mengembangkan potensi daerah itu.
SPRM tahan Datuk Bandar kerana rasuah
Suspek lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Bukit Fraser, Pulau Tioman dijangka dibuka semula untuk pelancongan awal Ogos - Exco
Kerajaan Pahang bercadang untuk membuka sektor pelancongan di negeri itu secara berperingkat bermula awal bulan depan dengan Bukit Fraser dan Pulau Tioman menjadi perintis.
PKP 3.0: Tiada had pergerakan dalam daerah sama di Kelantan
Tiada had pergerakan dalam daerah sama ketika PKP 3.0 dilaksanakan di Kelantan.
25 lokaliti penularan COVID-19 di Jempol
PKD Jempol telah mengenal pasti 25 lokaliti yang mempunyai kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari bermula dari 7 Mei hingga Khamis.
7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
Keputusan melaksanakan PKP itu dibuat ekoran berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan.
Sabah isytihar wabak Demam Babi Afrika di daerah Pitas
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) hari ini mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Pitas berikutan penemuan virus itu dalam babi yang diternak di daerah itu.
Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.
COVID-19: 58 kluster aktif, 42 kluster tamat di Sabah
Pada Isnin 12 daerah masih dikategorikan sebagai zon merah, selain Pitas dan Beluran (zon jingga) manakala Sipitang dan Nabawan kekal zon hijau.
Pergerakan 6 juta rakyat Lembah Klang, N. Sembilan perlu dikawal
Dr Noor Hisham berkata hampir semua daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini Zon Merah COVID-19 dan agak sukar untuk mengawal pergerakan penduduk yang tinggi dan padat di negeri terlibat.