BAGAN DATUK: Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk di sini, bagi mengembangkan potensi daerah itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pejabat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri daerah itu, termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah akan dipindahkan ke Bandar Baharu Bagan Datuk, setelah pembangunannya siap dalam tempoh beberapa tahun.
"Seluas 385 ekar (155 hektar) telah diusahakan untuk pengambilan tanah dan peruntukan untuk pengambilan tanah ini akan diselaraskan oleh pejabat daerah dengan peruntukan daripada kementerian dan jabatan agensi masing-masing, termasuk jabatan di bawah kerajaan negeri Perak," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian pada sidang media selepas melawat Mini Showcase anjuran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata pembangunan itu penting, selaras dengan kewujudan Bagan Datuk sebagai daerah yang ke-12 terbaharu di Perak, selain pembangunan pekan sedia ada tidak dapat dikembangkan disebabkan masalah ketiadaan tanah.
Dalam pada itu, beliau berkata peruntukan turut diperoleh bagi pembinaan jejambat di Pekan Simpang Empat, Hutan Melintang bagi mengurangkan kesesakan di waktu puncak dan ketika cuti hari perayaan.
"Jambatan tu satu perubahan yang kita telah lama harapkan namun di bawah Kerajaan Madani, perkara itu telah diberikan kesinambungan, di samping jalan empat lorong daripada Simpang Empat hingga ke pekan Bagan Datuk.
"Lebih RM500 juta peruntukan diperoleh bagi menyambung jalan empat lorong yang telah dibatalkan sebelum ini," katanya sambil berterima kasih kepada NCER, yang menyelaraskan serta melakukan koordinasi bersama Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.
Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS) 2023 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mempertimbangkan pemberian peruntukan bagi menaik taraf mercu tanda yang dibina pada tahun 1885 itu.
Pada majlis tersebut, Mohamad Zulkefli Mohd Jais, 28, yang merupakan anak kelahiran Teluk Intan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Utama BMS 2023 dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 akan mewakili negara ke GwangjuBiennale2024 di Korea, manakala terdapat empat pemenang yang dipilih untuk menerima Anugerah Juri yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000.
Selain itu, 10 peserta dengan undian tertinggi juga dipilih bagi Pilihan Pelawat (Dalam Talian) dan Pilihan Pelawat (Di Lokasi), masing-masing menerima wang tunai bernilai RM1,000.
Ahmad Zahid kemudian menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah Parlimen Bagan Datuk Tahun 2024 kepada 1,500 orang pelajar di Dewan Perdana, Kompleks UMNO Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk, bagi mengembangkan potensi daerah itu. - Foto Facebook Zahid Hamidi
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Pembangunan Bandar Baharu Bagan Datuk dalam proses pengambilan tanah - Ahmad Zahid
Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk, bagi mengembangkan potensi daerah itu.