BAU:Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.
Syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan Jumaat malam memaklumkan bahawa pasukan teknikal telah dikerah ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan di dua talian bekalan elektrik antara daerah Bau dan Lundu yang rosak akibat tanah runtuh.
"Dua talian atas 33kV (Kilovolt) tersangkut akibat kejadian tanah runtuh yang merosakkan tiang elekrtik dan menyebabkan kerosakan kabel bawah tanah kerana hakisan tanah," menurut kenyataan itu.
Talian pertama dilaporkan terputus pada 11.30 malam Rabu, 13 Jan dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang.
"Bagaimanapun, usaha pembaikan terjejas disebabkan keadaan tidak selamat susulan tanah runtuh dan kawasan terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.
Talian kedua terputus pada 10.45 pagi Jumaat selepas satu lagi kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kabel bawah tanah.
"Usaha pemulihan hanya akan dilakukan setelah kawasan itu dibersihkan dan selamat untuk kerja-kerja pembaikan," jelasnya.
Pengurus Wilayah Barat SEB Choo Min Chong dalam kenyataan itu berkata pasukan pemulihan telah berusaha memperbaiki tiang patah di talian pertama, yang telah siap pada jam 10 malam pada Jumaat.
"Pergerakan tanah dan keadaan cuaca buruk menjejaskan kerja-kerja pemulihan yang selamat dan cepat. Kami memaklumkan situasi terkini kepada pelanggan terjejas dan amat menghargai mereka yang faham keadaan pada masa ini. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan elektrik dengan selamat secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021
Talian pertama dilaporkan terputus pada 11.30 malam Rabu, 13 Jan dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang. - Foto FB Sarawak Energy Berhad
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Sarawak dianggar bayar RM1.76 bilion untuk miliki 31% kepentingan utama Affin Bank
CIMB Securities mengandaikan kos pegangan tambahan terkini sebanyak 26 peratus adalah sekitar RM2.50 sesaham Affin atau RM1.54 bilion.
Sarawak fokus penganjuran Sukan SEA, APG setelah kejayaan SUKMA, Para SUKMA
Sarawak tidak mahu menunggu lama untuk memulakan persiapan bagi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (APG) 2027.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.
PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Lapangan Terbang Miri terus diperbesar susulan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakannya.
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
Tiga syarikat bekerjasama bangunkan projek pertanian lestari di Sarawak - SEDC
SEDC Nutreco Sdn Bhd, Entomal Borneo Sdn Bhd dan Natpro Biotech Sdn Bhd mengumumkan usaha sama untuk membangunkan projek inovatif pertanian dan akuakultur lestari, Black Soldier Fly (BSF).
Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Para SUKMA 2024
Nyalaan obor temasya oleh Bonnie menandakan bermulanya perjuangan lebih 1,200 atlet dari 15 kontinjen bertanding pada temasya dwitahunan itu.