SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 individu dipercayai pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd pada Rabu.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Majistret Shah Alam menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita pengikut GISB Holdings Sdn Bhd.
  • Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman menolak permohonan tersebut di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
  • Kesemua individu dibawa ke Lokap Berpusat IPD Shah Alam selepas tiba di mahkamah dengan kawalan ketat.


Permohonan terbabit dikemukakan 22 individu yang terdiri daripada wanita warga tempatan itu.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kemudiannya menolak permohonan bebas dengan bon jaminan itu di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Kesemua individu itu kemudiannya dibawa ke Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Terdahulu, kesemua suspek terbabit yang memakai baju lokap tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi.

Kesemua mereka dilihat hadir dengan diiringi dan dikawal ketat beberapa anggota polis lengkap bersenjata. -Sinar Harian