KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji secara tunai tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan pekerja dan mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bagi mengelakkan sebarang manipulasi.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata majikan yang didapati tidak membuat pembayaran gaji melalui akaun bank dianggap melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 mengikut Seksyen 25 dan 25(A) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Beliau berkata dalam operasi bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur bersama JTKSM di sini hari ini, 19 daripada 34 majikan yang diperiksa didapati melakukan kesalahan membayar gaji pekerja secara tunai, di samping beberapa kesalahan lain seperti pelanggaran waktu kerja dan tidak membayar gaji mengikut Perintah Gaji Minimum.
"Operasi dilaksanakan kerana kita terima beberapa aduan dari pihak tertentu bahawa ada pekerja di pasar borong ini yang tidak dibayar gaji, tidak mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta majikan tidak membayar gaji pekerja melalui akaun bank," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.
Sementara itu Sivakumar berkata 1,654 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas atas kesalahan berkaitan pembayaran gaji, penginapan pekerja serta perintah gaji minimum melibatkan jumlah kompaun dan denda lebih RM4.3 juta.
Katanya daripada kertas siasatan yang dibuka itu, 357 kes melibatkan pesalah didenda dengan nilai yang berjumlah RM391,236 manakala 775 kes melibatkan kompaun berjumlah RM3,958,500.
Beliau berkata kertas siasatan yang dibuka merangkumi kes-kes yang berkaitan dengan Akta 265, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan Perintah Gaji Minimum 2022.
Katanya kementerian dan jabatan berkaitan komited untuk memastikan tiada elemen buruh paksa di negara ini, dan operasi bersepadu akan diteruskan di seluruh negara.
"Saya telah tegaskan beberapa kali sekiranya kita terima aduan daripada pekerja atau pihak kedutaan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan yang tidak mengikut undang-undang sedia ada selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar memeriksa majikan mengenai status pekerja melalui telefon pintar mereka ketika mengetuai Ops Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.