ALOR SETAR: Majikan dan pihak industri diseru agar menghantar lebih ramai pekerja tempatan mahupun asing mendapatkan pasport keselamatan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata walaupun penyertaan dalam program itu dilihat semakin meningkat sejak diperkenalkan pada 2000, namun tahap kesedaran majikan berkaitan perkara berkenaan masih lagi rendah.
"Memang jumlah penyertaan makin meningkat tapi saya rasa tahap kesedaran tu masih rendah lagi ...sebab itu saya kata ini tak semestinya dibuat oleh majikan-majikan yang beroperasi dalam sektor berbahaya sahaja tetapi ia terbuka kepada semua sektor walaupun kita lihat kurang bahaya tetapi isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini terbuka kepada semua.
Jadi saya menyeru kepada pihak majikan agar memberi perhatian perkara ini dan menghantar pekerja mereka untuk mendapatkan pensijilan (pasport) ini, ini penting, contohnya dalam pembinaan mereka (pekerja) yang pergi ke tapak pembinaan kalau mereka tak ada pasport ini mereka tak boleh masuk, setakat ini paling banyak di dalam sektor pembinaan, minyak dan gas yang memerlukan pengiktirafan untuk pekerja-pekerja turun ke tapak)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pejabat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Wilayah Utara serta melancarkan Program Keselamatan Pasport E-Idaman (EISP) khas bagi pekerja yang menjalankan pengurusan sisa pepejal, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.
Sementara itu, Sivakumar berkata sejak pejabat NIOSH Wilayah Utara diibuka pada 1 April lepas, seramai 1,452 pekerja di Kedah dan Perlis telah mengikuti 66 program latihan yang disediakan di situ.
"NIOSH Wilayah Utara menyasarkan seramai 5,000 pekerja di Kedah dan Perlis dapat mengikuti latihan di sini tahun ini...dan seluruh negara kita menyasarkan untuk melatih 200,000 peserta setiap tahun di ibu pejabat di Bandar Baru Bangi serta lima pejabat wilayah dan 12 pejabat satelit di seluruh negara," katanya.
Katanya, sepanjang tahun lepas, NIOSH berjaya melatih 198,941 peserta melalui 11,153 program yang telah dilaksanakan.
Program Pasport Keselamatan NIOSH mula diperkenalkan pada tahun 2000 sebagai usaha kerajaan meningkatkan tahap kesedaran pekerja terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (dua, kiri) menyampaikan replika Kad Keselamatan Pasport E-Idaman kepada seorang peserta pada Majlis Pelancaran Pejabat Insititut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Wilayah Utara hari ini. - Foto BERNAMA
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.