KUALA LUMPUR: Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata gaji yang tidak dibayar atau ditahan adalah satu kesalahan dari 11 elemen buruh paksa yang digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Katanya kementerian sentiasa berusaha menangani sebarang isu khususnya buruh paksa dan mencari pelbagai mekanisme penyelasaian bagi isu-isu yang timbul.
"Oleh yang demikian, bagi bayaran gaji lewat atau ditahan, kita melihat bahawa mempertingkatkan pematuhan para majikan terhadap pembayaran gaji melalui akaun bank adalah antara mekanisme dalam memantau kapasiti setiap majikan yang ada dalam negara kita.
"Arahan pembayaran gaji melalui akaun bank telah termaktub sekian lama di bawah Akta 265," katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran upah secara tunai atau cek hanya boleh dilakukan di atas permintaan pekerja dengan mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti terkandung di bawah Seksyen 25A (1) Akta 265.
"Majikan yang gagal mematuhi arahan di bawah Seksyen 25 dan 25A (1) Akta 265 adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 99A akta sama dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan majikan berkemungkinan dikenakan sekatan dan disabitkan dengan aktiviti buruh paksa," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih belum mendapat maklumat awal bagi proses pampasan kepada empat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.
"Memang Perkeso prihatin dalam isu ini tetapi oleh kerana ahli keluarga mangsa masih belum bersedia, Perkeso memberi lebih ruang dan masa untuk mereka selesaikan semua urusan terlebih dahulu. Perkeso akan terus membantu dengan kadar segera sebaik sahaja ahli keluarga mangsa bersedia untuk memberi maklumat," katanya.
Dalam insiden pada Khamis lepas (17 Ogos), pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mangsa terkorban terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.
Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

V. Sivakumar berkata gaji yang tidak dibayar atau ditahan adalah satu kesalahan dari 11 elemen buruh paksa yang digariskan ILO. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Majikan digesa patuh Akta Pekerja - Sivakumar
Majikan digesa untuk mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji pekerja susulan terdapat aduan bahawa segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.