Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan habeas corpus bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya.
Peguam Hanif Kathri Abdulla yang mewakili Khairuddin, 53, memohon mahkamah mempercepat pendengaran permohonan itu atas alasan tempoh tahanan Khairuddin akan berakhir pada 21 Okt ini.
Katanya Khairuddin ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari dan permohonan habeas corpus itu akan menjadi akademik jika ia didengar selepas tamat tempoh penahanannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata pendakwaan memerlukan masa sebulan untuk menjawab afidavit Khairuddin.
Mohd Hanafiah berkata afidavit itu turut memerlukan pengesahan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menjawab kenyataan Khairuddin mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan dalam afidavitnya.
"Pihak kami dimaklumkan pegawai Bank Negara bahawa Tan Sri Zeti berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat di Bank Dunia dan mereka tidak pasti tarikh sebenar beliau pulang.
"Jadi, kami perlu masa sebulan untuk Tan Sri Zeti mengesahkan afidavit balasan itu," katanya.
Kamardin berkata sekiranya Zeti tidak boleh mengesahkan afidavit itu, timbalan gabenor Bank Negara boleh berbuat demikian.
Oleh itu, beliau menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan itu. Pada 28 Sept lepas, Khairuddin memfailkan permohonan itu dengan menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bertarikh 24 Sept lepas yang dikeluarkan responden pertama (Habibi) dan dilaksanakan oleh responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.
Beliau turut mengemukakan permohonan itu atas alasan penahanannya tidak mematuhi peruntukan undang-undang SOSMA 2012, berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian oleh responden.
Khairuddin, yang juga suami pelakon Umie Aida, mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang dalam menggunakan SOSMA 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.
Pada 23 Sept lepas, Khairuddin ditahan semula mengikut SOSMA 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas tempoh tahanan reman bagi kes Seksyen 124C Kanun Keseksaan tamat.
Beliau ditahan reman sejak 19 Sept mengikut Seksyen 124C bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Bernama
Fri Oct 02 2015
Khairuddin ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari dan permohonan habeas corpus itu akan menjadi akademik jika ia didengar selepas tamat tempoh penahanannya. - Gambar Fail
ASEAN Kita: Balancing Neutrality, Unity, and Stability
In the inaugural episode of ASEAN KITA, former Foreign Affairs Minister, Tan Sri Syed Hamid Albar explores ASEAN’s principles of neutrality, centrality, and harmony. How will these shape its future as Malaysia prepares for the 2025 ASEAN Chairmanship? Join us at 9:30am.
PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya
FAM memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.
Kepengerusian ASEAN 2025: Pelbagai agenda akan dilaksana – Dr Zaliha
Agenda berkenaan juga merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
AWANI Pagi: Sukarelawan kampus: Memperkasa impak sosial
Aktiviti sukarelawan kampus bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga membentuk mahasiswa menjadi individu yang lebih empati, bertanggungjawab, dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar. Ikuti diskusi bersama Muhamad Azri Nor Azman, mahasiswa Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya sejauh mana aktiviti ini memberi impak sosial yang besar dalam Awani Pagi, Rabu, 8.30 pagi
Andalusia perkenal kempen JIMBA sasar penyertaan satu juta umat Islam
Kempen JIMBA bertujuan memperkenalkan Andalusia secara lebih meluas selain mendekati komuniti umat Islam seramai yang mungkin.
Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand
Manchester United memerlukan pembedahan jantung disifatkan Ferdinand sebagai sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
AWANI Pagi: Tahun baru, cabaran baru
Selamat tahun baharu 2025! Sudah tentu setiap kali tahu baru tiba, lembaran baru dibuka untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. Namun, sudah tentu wujudnya cabaran-cabaran tertentu yang mampu merencatkan usaha kita dalam mencapai yang dikehendaki. Ikuti kupasan berkenaan cara efektif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dalam AWANI Pagi.
Pelesenan platform media sosial di Malaysia berkuat kuasa hari ini
Langkah pelesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing.
Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus
"Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak."
Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.
Mahkamah Tinggi tetapkan 13 Okt dengar permohonan habeas corpus Khairuddin Abu Hassan
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan habeas corpus bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar penahanannya mengikut SOSMA.