Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel Tours Sdn Bhd Ida Riswana Idris berkata kempen JIMBA bertujuan memperkenalkan Andalusia secara lebih meluas selain mendekati komuniti umat Islam seramai yang mungkin.
"Platform JIMBA ini menawarkan hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 dengan hadiah yang ditawarkan antaranya pakej umrah, jongkong emas dan hadiah utama sebuah kereta jenama BYD Sealion 7.
"Mereka yang mendaftar berpeluang memenangi cabutan bertuah setiap minggu yang akan dibuat secara penggiliran di kesemua 60 cawangan Andalusia dan hadiah kereta akan kita berikan kepada pelanggan Andalusia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen JIMBA dan Umrah Musim 1447H/2025-2026 di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah.
Ida Riswana berkata cabutan bertuah akan diumumkan dalam siaran langsung menerusi media sosial pada setiap Jumaat bermula 8.30 hingga 10 malam.
"Kita berharap kempen JIMBA ini dapat diteruskan dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan sasaran penyertaan 10 juta umat Islam," katanya.
Mengenai pakej umrah yang ditawarkan, beliau berkata harganya bermula RM5,990 dengan pakej yang lebih dinamik serta sesuai mengikut keperluan pelanggan.
Sementara itu, Md Daud berkata kempen JIMBA ini bukan sekadar cabutan bertuah tetapi pada masa sama bertujuan mengurangkan jumlah mangsa penipuan ibadah umrah yang semakin berleluasa.
"Kita tidak mahu orang ramai menjadi mangsa penipuan pakej ibadah umrah, ambil pakej dengan syarikat tidak dikenali dan sebagainya sedangkan kita boleh pilih syarikat yang mempunyai autoriti dan berlesen.
"Jangan dibuat perbandingan dari segi harga kerana harga kita sudah berpatutan dan jemaah kita selama ini pergi dan balik dengan selamat," katanya.
-- BERNAMA