PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri prosiding saman AS$681 juta oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan terhadapnya dan beberapa individu lain.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk P. Ravinthran, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Lim Chong Fong memutuskan bahawa prosiding yang mahu dihadiri bekas perdana menteri itu terhad kepada pendengaran injunksi Mareva di Mahkamah Tinggi yang telah selesai pada 27 Sept lepas.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah secara dalam talian, Ravinthran berkata perkara berkaitan injunksi Mareva kini menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan peguam Siva Kumar Kanagasabai yang mewakili 1MDB dan empat anak syarikat, bahawa sebarang keputusan yang dibuat dalam rayuan ini akan bersifat akademik.
"Tiada apa-apa yang menghalang perayu (Najib) untuk memfailkan permohonan lain (untuk beliau menghadiri perbicaraan rayuannya di Mahkamah Rayuan)," katanya ketika menolak rayuan Najib tanpa perintah kos.
Mengenai beberapa pemerhatian yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman bertulisnya yang dibangkitkan perayu, Ravinthran berkata ia adalah pandangan mahkamah bahawa perkara itu boleh ditangani dalam permohonan masa depan di Mahkamah Rayuan.
Pada 10 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Atan Mustafa Yusoff Ahmad menolak permohonan Najib untuk menghadiri prosiding itu. Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.
1MDB dan empat anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified memfailkan saman terhadap Najib, Terrence Geh Choh Heng (bekas pengarah kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas pengarah eksekutif 1MDB), Vincent Beng, Radhi Mohamad (bekas ketua pegawai kewangan dan kemudiannya ketua pegawai operasi).
Pada 27 Sept lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mengetepikan injunksi Mareva bagi menghalang beliau daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia bernilai AS$681 juta (RM3.2 bilion).
Tahun lepas, syarikat itu memperoleh injunksi terhadap Najib atau ejennya, membekukan asetnya berhubung tuntutannya sebanyak AS$681 juta terhadapnya (Najib) sebelum selesai saman sivil.
Beliau telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Injunksi itu turut mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukan untuk perbelanjaan sara hidup serta guaman namun sekiranya jumlah lebih banyak diperlukan, beliau perlu mendapat kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.
Injunksi Mareva ialah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri prosiding saman AS$681 juta oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan terhadapnya dan beberapa individu lain. - Gambar fail/Sinar Harian
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.