Perkara itu diumum menerusi hantaran di Facebooknya yang memaparkan suasana semasa di pekarangan Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya.
"Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat," katanya hari ini.
Pada pagi ini, Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril. - Sinar Harian