PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun kerana menculik dan membunuh seorang jurujual wanita 16 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Teh Kim Hong di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abu Bakar Jais, turut memerintahkan agar Teh disebat sebanyak 17 kali.
Teh, 37, yang disabitkan kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2011 kerana membunuh remaja berusia 16 tahun itu di Lot 2841, Jalan Alor Bukit Kulai, Kulai Jaya, Johor pada 12 tengah malam 11 Sept 2008.
Dia juga didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan kedua menculik mangsa di depan sebuah pasar raya di Jalan Kulai-Air Hitam, Kulai Jaya dengan niat meminta wang tebusan RM60,000 pada 9.45 malam 11 Sept 2008.
Rayuannya sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Mei 2013 dan Mahkamah Persekutuan pada 19 Okt 2015.
Teh didakwa bersama-sama tiga individu lain dengan dua daripada mereka adalah remaja bawah umur yang kemudian didapati bersalah dan ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala seorang lagi dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
Terdahulu, peguam KS Pang meminta mahkamah menggantikan hukuman mati Teh dengan penjara atas alasan anak guamnya telah insaf dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati atas alasan Teh dan rakan-rakannya turut membakar mayat mangsa.
Sementara itu, panel sama turut menggantikan hukuman mati seorang warga emas lelaki iaitu A. Arokiasamy dengan penjara 33 tahun kerana membunuh adik iparnya S.Ganam, 39, dalam sebuah kereta di Jalan Berjaya 8, Taman Perindustrian Berjaya, Tampoi, Johor Bahru antara 9.30 malam dan 11 malam 19 Julai 2000.
Tengku Maimun mengarahkan Arokiasamy, 73, menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Julai 2000.
Peguam Edmund Bon Tai Soon, yang mewakili Arokiasamy, berkata anak guamnya menghidap penyakit jantung, diabetes dan vertigo.
Beliau berkata Arokiasamy juga tidak boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abu Bakar Jais, turut memerintahkan agar Teh disebat sebanyak 17 kali. - Gambar fail/Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Wanita tipu diculik, minta wang tebusan terdesak langsaikan hutang along
Seorang wanita sanggup menipu keluarga dengan mendakwa dia diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM70,000 kerana terdesak untuk menyelesaikan hutangnya dengan 'along'.

Polis buru 4 lagi suspek kes culik berhampiran Plaza Tol Lebuhraya MEX
Polis percaya kesemua suspek yang diburu itu, tiga lelaki dan seorang wanita, masih berada dalam negara.

Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara
Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.

Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.

Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

Acah-acah culik, minta wang tebusan... Modus operandi baharu scammer
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

Sembilan individu didakwa culik wanita warga Indonesia
Mereka dituduh secara bersama telah menculik seorang wanita warga Indonesia dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000.