KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu, iaitu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan mengarahkan mangsa supaya berpura-pura menjadi mangsa culik.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam kejadian itu, suspek dipercayai menghubungi mangsa dan memintanya untuk datang ke sebuah lokasi berhubung satu kiriman bungkusan berisi dadah atas namanya.
Menurut beliau, mangsa kemudian diperdaya untuk membayar sejumlah RM283,000 dalam beberapa transaksi, dan selepas itu mangsa diarah untuk menyembunyikan diri, seolah-olah diculik.
"Sebanyak empat transaksi pembayaran dibuat sendiri oleh mangsa bermula 30 September hingga 3 Oktober tanpa pengetahuan ibu bapanya.
"Setelah tidak lagi mempunyai wang simpanan, suspek mengarahkan mangsa melarikan diri dari rumahnya dan bersembunyi di sebuah rumah inap di Shah Alam, Selangor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memberitahu, selepas mangsa melarikan diri, suspek menghubungi ibu bapa mangsa dan meminta tebusan sebanyak RM300,000.
Susulan panggilan itu katanya, ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis.
Bertindak atas laporan itu, beliau memberitahu, polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun dalam dua serbuan berasingan dan 'menyelamatkan' mangsa.
Menurutnya, suspek pertama yang dipercayai mengeluarkan duit berkenaan ditahan di Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu dan susulan penahahan lelaki itu, polis menahan seorang lagi suspek.
"Pemeriksaan juga mendapati, mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lagi," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Wed Oct 11 2023

Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam kejadian itu, suspek dipercayai menghubungi mangsa dan memintanya untuk datang ke sebuah lokasi berhubung satu kiriman bungkusan berisi dadah atas namanya. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.

"Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.

Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bil dalam 10 bulan
Teo mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.