PUTRAJAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Speakernya dibenarkan merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan keperlembagaan undang-undang antilompat parti negeri itu.
DUN dan Speakernya mahu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Azizan Md Arshad semalam membenarkan permohonan rujukan yang dikemukakan DUN dan speakernya di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Beliau memberi kebenaran kepada pemohon untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan selepas memutuskan bahawa mereka telah memenuhi syarat asas di bawah Seksyen 84.
DUN Pulau Pinang dan Speaker Datuk Law Choo Kiang mahu persoalan perlembagaan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan atas dasar keputusan berhubung perkara dalam kes Nordin Salleh melawan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah diputuskan pada 1992, perlu dihujahkan lagi.
Dalam penghakimannya, Azizan berkata dalam kes Abdul Karim Abdul Ghani melawan Badan Perundangan Sabah yang melibatkan isu kehilangan kelayakan ahli DUN di bawah Perkara 74(4) Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata ini kerana hujah DUN dan speaker adalah berdasarkan kuasa negeri untuk menggubal undang-undang mengenai kelayakan ahli DUN.
Empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan tiga writ saman pada 2020 terhadap DUN dan Speakernya untuk mencabar usul yang diperkenalkan pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil yang akan diadakan.
Zulkifli dan Afif dipecat daripada PKR pada 2020 manakala Khaliq dan Zolkifly adalah ahli Bersatu.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
DUN dan Speakernya yang diwakili Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Surendra Ananth, telah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan itu ke Mahkamah Persekutuan tahun lepas.
ADUN tersebut diwakili peguam D.P. Naban dan Rosli Dahlan.
Pembentangan usul supaya keempat-empat mereka mengosongkan kerusi mereka telah ditangguhkan sementara menunggu selesai saman mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Azizan Md Arshad semalam membenarkan permohonan rujukan yang dikemukakan DUN dan speakernya di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. - Gambar hiasan

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.

2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.

Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.

Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.

DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.

PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.

DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.