PUTRAJAYA: Mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah pengisytiharan yang dimohon Datin Seri Rosmah Mansor supaya membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Rosmah hanya boleh merayu bagi tiga jenis keputusan oleh mahkamah jenayah sama ada untuk membatalkan pertuduhan jenayah atas alasan tidak berasas, membebaskan atau mensabitkan tertuduh yang menghadapi pertuduhan jenayah.
"Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan pengisytiharan seperti mahkamah sivil. Mahkamah jenayah tidak boleh memberikan pengisytiharan dan perayu (Rosmah) sepatutnya memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sivil untuk pengisytiharan sedemikian," katanya di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M.Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
Sri Ram berhujah demikian dalam bantahan awal terhadap rayuan Rosmah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan rasuah yang dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram daripada menjadi pendakwa utama dalam kes itu.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata isu sama ada mahkamah jenayah boleh mendengar perintah pengisytiharan dibangkitkan responden (pendakwa raya) buat pertama kali dan Sri Ram menjawab isu itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa.
Sri Ram berkata, beliau bersedia untuk berhujah berhubung perkara itu dengan mengemukakan hujahan bertulis dan Jagjit juga tidak ada bantahan mengenainya.
Hakim Hanipah kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis selewat-lewatnya pada 22 Nov ini memandangkan perkara yang dibangkitkan oleh Sri Ram agak penting dan akan memberi implikasi terhadap merit rayuan Rosmah.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan beliau dalam usaha untuk dibebaskan daripada tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes itu.
Rosmah menghadapi pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Pada 4 Okt lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara rayuan itu diputuskan.
Susulan keputusan tersebut, Rosmah, 69, telah memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi pada 5 Okt. Perbicaraan akan bersambung pada 8 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
![Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634815726_TBROSMAH.jpg)
Gopal Sri Ram berkata, Rosmah hanya boleh merayu bagi 3 jenis keputusan oleh mahkamah jenayah sama ada membatalkan pertuduhan jenayah atas alasan tidak berasas, membebaskan atau mensabitkan tertuduh yang menghadapi pertuduhan jenayah. - Bernama
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716213960_ICC.jpg)
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
![Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706492314_tbTunDaimZainuddin.jpg)
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
![Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694519415_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu.
![Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634815726_TBROSMAH.jpg)
Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan
"Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan pengisytiharan seperti mahkamah sivil."
![Di bawah Statut Rom, ICC pilihan terakhir selepas sistem perundangan negara Di bawah Statut Rom, ICC pilihan terakhir selepas sistem perundangan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442235022_SaifuddinAbdullah.jpg)
Di bawah Statut Rom, ICC pilihan terakhir selepas sistem perundangan negara
Libatkan empat jenayah serius iaitu - pembunuhan beramai-ramai; jenayah perang, jenayah kemanusiaan, dan jenayah pencerobohan.