KUALA LUMPUR: Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata Mahkamah Madrid sendiri yang telah menyiasat dan mengeluarkan tuduhan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh Stampa dan jika beliau didapati bersalah atas pertuduhan itu, beliau akan dikenakan hukuman penjara dan didenda oleh mahkamah berkenaan.
"Tarikh pendengaran itu ditetapkan berikutan permohonan agresif dan berterusan oleh Kerajaan Malaysia. Ini bukan tuntutan sivil tetapi Stampa berhadapan dengan tuntutan jenayah.
"Ini adalah faktor utama yang memberikan consistency kepada kesimpulan Kerajaan Malaysia bahawa award yang diberi oleh Stampa selaku penimbang tara antarabangsa adalah satu pelaksanaan award yang boleh dilihat sebagai tidak sah dan tidak berasas," katanya ketika temu ramah bersama media yang diadakan secara dalam talian.
Azalina kini berada di London untuk fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu, bagi berjumpa dengan peguam-peguam lantikan Kerajaan Malaysia dalam menangani tuntutan mereka, seterusnya menyangkal taktik dan hujahan mereka secara komprehensif.
Menurut Azalina, award yang diumumkan oleh Stampa ke atas Kerajaan Malaysia sebanyak AS$14 billion dilihat sebagai satu 'fraud award' kerana mahkamah yang melantik beliau sebagai penimbang tara ialah mahkamah sama yang telah menarik pelantikannya.
"...tetapi beliau (Stampa) masih meneruskan pendengaran kes timbang tara antarabangsa dan melompat ke negara lain untuk melaksanakan keputusan yang telah beliau buat terhadap Kerajaan Malaysia.
"Sebab itulah bagi Kerajaan Malaysia, tuntutan kes jenayah yang dilakukan beliau yang ditetapkan pendengaran pada 11 Dis amat penting untuk kita mematikan segala tuntutan yang telah dilaksanakan oleh Stampa," katanya.
Tambah Azalina, kerajaan Malaysia akan menghadiri prosiding kes itu kerana Malaysia merupakan pengadu.
"Macam kes jenayah di Malaysia, kalau kita buat laporan polis kita kena masuk mahkamah untuk memaklumkan kita yang buat laporan itu. Jadi suara kerajaan Malaysia akan didengar oleh Mahkamah Jenayah Madrid... sebab kita konsisten dalam pernyataan dan alasan kita tentang sifat beliau (Stampa) yang melanggar undang-undang timbang tara antarabangsa," katanya.
Malaysia kini dalam proses membatalkan award akhir AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh Stampa dalam kes yang dibawa oleh lapan individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Stampa dalam kes yang difailkan oleh lapan individu itu.
Stampa telah memberikan award akhir sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada kumpulan itu dan Malaysia terpaksa menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkannya di mahkamah Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.
Malaysia melakar satu lagi kejayaan apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir tersebut di negara itu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).
Pada 2019, kumpulan itu dilaporkan telah memulakan tindakan perundangan di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar fail/BERNAMA

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Mahkamah Madrid sahkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara kes Sulu
Pihak tuntutan kumpulan Sulu turut diperintahkan membayar kos kepada kerajaan Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hukuman ke atas Stampa bukti tuntutan kumpulan Sulu tidak berasas - Hajiji
Hukuman penjara enam bulan ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa kerana menghina mahkamah merupakan bukti jelas bahawa tuntutan oleh kumpulan mengaku waris Sulu terhadap Sabah tidak berasas.

Hukuman terhadap Stampa bukti kesungguhan kerajaan pertahan kedaulatan negara - Peguam
Syed Iskandar berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil.

Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap Stampa
Malaysia juga yakin keputusan bersejarah ini akan menjadi faktor pencegahan kepada tindakan tidak beretika Kumpulan Penipuan Sulu.

Mahkamah Sepanyol putuskan Stampa bersalah hina mahkamah, dihukum penjara enam bulan
Penimbang tara 'penyangak' Gonzalo Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.

Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.

Kes Sulu: Malaysia bimbang cubaan ganggu prosiding terhadap Gonzalo Stampa
Malaysia menyuarakan rasa bimbang terhadap sebarang cubaan remeh dan menjengkelkan oleh mana-mana pihak bagi menjejas dan menganggu perjalanan prosiding jenayah terhadap Gonzalo Stampa.

Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu.

Tuntutan 'waris' Sulu: Malaysia mungkin fail saman - Azalina
Kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi.