KUALA LUMPUR: Malaysia bertindak ofensif dan tidak menolak kemungkinan untuk menyaman kumpulan mengaku waris kesultanan Sulu, susulan kerugian yang dihadapi negara berikutan tindakan undang-undang yang dikemukakan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi.
"Kita akan membuat satu 'legal opinion' dari segi kajian sama ada kerajaan bersetuju apa tindakan perlu kita buat terhadap mereka, sama ada perlu kita saman untuk kerugian yang kita hadapi.
"Perjuangan belum tamat, tapi bagi Malaysia kita perjuangkan secara adil," katanya pada sidang media Malaysia-Kes Sulu, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di sini hari.
Pada Feb lepas, Azalina dilaporkan berkata kerajaan membelanjakan RM31 juta bagi kos perundangan terhadap tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah Sabah, dalam tempoh empat tahun.
Kos itu termasuk bayaran perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan yang bermula dari 20 Nov 2019 hingga 20 Jan lepas.
Dalam persidangan media hari ini Azalina berkata, tuntutan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui proses timbang tara, boleh disifatkan sebagai 'satu bentuk peperangan baharu'.
Beliau berkata tuntutan itu adalah satu serangan yang sofistikated dan kerajaan memberi jaminan akan melakukan gerakan secara agresif untuk 'mematikannya'.
Katanya kerajaan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) jika terbukti tuntutan terbabit didalangi penipuan.
"Jaminan kerajaan adalah kami akan lawan habis-habisan kerana tidak akan berkompromi dengan mana-mana ugutan.
"Kita kena matikan segala gerakan yang dilakukan oleh mereka daripada aspek pendanaan dan daripada aspek tuntutan.
"Kita negara berdaulat, kena ikut undang-undang. Kalau mereka betul-betul hendak membuat tuntutan, mereka patut menerima bahawa Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda, sudah memutuskan tiada klausa perjanjian timbang tara yang sah wujud," katanya.
Sementara itu Azalina berkata pembiaya dana yang terlibat dalam kes itu dipercayai adalah dari Amerika.
"Kabinet telah diberi maklum tetapi kita masih nak siasat.
"Kita ada bukti tapi ia tidak menyeluruh, jadi kita mahu betul-betul mengesahkannya, banyak catatan adalah dari Amerika. Sebab itu kita nampak dalam kita punya laman web, viewers banyak dari Amerika.
"Kita tak tahu mereka ni yang dari Amerika yang seronok nak tengok negara-negara Asean terlibat dalam proses.. saya tak tahu, tapi ada link yang banyak fokus di Amerika," katanya, dan menambah perkara itu masih dalam siasatan dan kajian.
Pada 6 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan kumpulan Sulu.
Award akhir yang diperkatakan itu dikeluarkan Stampa, seorang penimbang tara Sepanyol pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu terbabit.
Malaysia sekali lagi memperoleh kemenangan apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun lepas menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara itu yang bernilai US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) itu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir berkenaan, Kumpulan Sulu itu dilaporkan telah mencuba untuk merampas aset syarikat petroleum Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan).
Pada 2019, Kumpulan Sulu membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol itu untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajakkan oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Azalina berkata kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi. - Gambar fail/Bernama

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Tuntutan 'waris' Sulu: Malaysia mungkin fail saman - Azalina
Kerajaan akan mengkaji untuk mengambil tindakan saman memandangkan kos yang ditanggung oleh Malaysia adalah sangat tinggi.