KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Program MAFI Prihatin akan memberi sumbangan sebanyak 13.2 tan produk hasilan haiwan bernilai RM134,000 kepada agensi kerajaan tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata antara agensi terlibat adalah Jabatan Penjara dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang melibatkan bekalan makanan haiwan seperti ayam dan daging sejuk beku serta pelbagai produk hasilan haiwan yang lain.
"Hari ini kita serahkan enam tan hasilan haiwan yang dianggarkan berjumlah RM60,000 kepada Jabatan Penjara Pengkalan Chepa dan Machang di Kelantan, Jabatan Penjara Marang (Terengganu) dan Penjara Penor Kuantan (Pahang) serta Pusat Pemulihan Akhlak di Machang (Kelantan).
"Serahan ini bertujuan memenuhi keperluan bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi banduan di Jabatan Penjara Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Dr Azhari Sharidan Abu Bakar serta Pengarah Maqis Kelantan Muhammad Nazrul Hizam Ab Manaf.
Mengulas lanjut, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata kesemua hasilan haiwan yang diserahkan itu telah dilucutkan hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan seperti yang tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"MAFI giat membantu jabatan dan agensi yang memerlukan, selain memastikan industri pertanian negara terkawal daripada sebarang penyakit dan perosak merbahaya melalui penguatkuasaan MAQIS di setiap pintu masuk negara.
Katanya, MAQIS akan terus komited dan tegas melakukan penguatkuasaan serta tidak akan berkompromi terhadap setiap pengimportan keluaran pertanian khususnya dagangan yang melibatkan aspek halal ayam dan daging di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Antara agensi terlibat adalah Jabatan Penjara dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang melibatkan bekalan makanan haiwan seperti ayam dan daging sejuk beku serta pelbagai produk hasilan haiwan yang lain.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.
MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.