PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini pada kadar 80 sen sekilogram (kg) bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Okt lepas bagi meringankan beban penternak susulan peningkatan kos pengeluaran yang berterusan terutama kos makanan ayam yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos anak ayam, logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan.
"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira harga siling ayam standard di peringkat runcit dikekalkan pada kadar RM9.40/kg dan harga siling telur ayam gred A, B dan C di peringkat runcit dikekalkan masing-masing pada kadar 45 sen, 43 sen dan 41 sen sebiji di Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pembayaran subsidi akan disalurkan terus ke akaun penternak melalui Agrobank seperti mekanisme sedia ada melibatkan penternak persendirian, penternak integrator atau semi-integrator dan penternak kontrak serta kementerian akan memastikan proses pembayaran berjalan lancar bagi kelangsungan pengeluaran di peringkat ladang.
Menurut Ronald, pelaksanaan subsidi tersebut melibatkan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM573.96 juta kepada kerajaan manakala jumlah peruntukan subsidi ayam dan telur ayam yang telah diperuntuk setakat ini dari Februari 2022 hingga September 2022 adalah sebanyak RM1.233 bilion.
"Setakat 4 Okt lepas, sebanyak 13,440 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM1.136 bilion telah diluluskan oleh kementerian dan semua penternak boleh terus mengemukakan permohonan supaya subsidi dapat disalurkan," katanya.
Ronald berkata kerajaan komited memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dengan meneruskan pemberian subsidi selain meneruskan usaha memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam serta telur di pasaran kekal terjamin dengan harga berpatutan bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022

Pembayaran subsidi akan disalurkan terus ke akaun penternak melalui Agrobank seperti mekanisme sedia ada melibatkan penternak persendirian, penternak integrator atau semi-integrator dan penternak kontrak. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.