ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menghantar 12,000 kampit beras bernilai RM153,600 ke Johor bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri itu ketika ini.
Sumbangan itu yang dihantar menggunakan dua treler akan diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bersama Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan menyempurnakan pelepasan konvoi membawa sumbangan itu yang turut disertai beberapa kenderaan lain, di pekarangan Stadium Darul Aman di sini semalam.
Tengku Sarafudin bertitah semua pihak termasuk badan korporat perlu berganding bahu membantu negeri yang ditimpa musibah banjir bagi meringankan beban mangsa.
"Kalau ada negeri dilanda bencana, bagi negeri yang tak ada bencana mana yang kita boleh tolong kita patut tolong...sebelum ini macam di Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir kita pun tolong, sekarang ini pula banjir teruk di Johor, jadi kita pun perlu tolong untuk kurangkan beban mangsa.
"Mana syarikat yang boleh tolong saya harap mereka dapat bantu...tak kira dalam bentuk apa pun sama ada kewangan, makanan, barang elektronik dan kalau ada rumah yang rosak kita juga boleh tolong baiki. Kita nak kurangkan beban penduduk yang terjejas," titah baginda.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata sumbangan kali ini turut disertai lima syarikat korporat yang menyumbang 6,200 botol kicap dan sos, 1,200 peket kopi, 2,000 peket mi segera dan 1,224 botol air mineral.
"Bantuan yang disalurkan ini sebagai tanda solidariti LZNK dengan MAIJ. Seperti yang disarankan Raja Muda Kedah, kita galakkan agar syarikat korporat pun ikut membantu tidak kira dari segi kewangan mahupun barangan, ikut keupayaan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Tengku Sarafudin (dua, kiri) berkenan berangkat pada Majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Johor di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, 12 Mac 2023. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM6.50
Empat kadar bayaran zakat Fitrah ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melibatkan penduduk di negeri itu pada tahun ini berbanding hanya tiga tahun lalu.

LZNK hantar 12,000 kampit beras untuk mangsa banjir di Johor
Tengku Sarafudin bertitah semua pihak perlu berganding bahu membantu negeri yang ditimpa musibah banjir bagi meringankan beban mangsa.

LZNK hantar 24,000 kampit beras bantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu
Bantuan daripada Kedah itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan asas mangsa bencana di dua negeri berkenaan.

Zakat fitrah di Kedah ditetapkan pada kadar RM7
Penetapan itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Klinik bergerak bas dua tingkat santuni asnaf luar bandar
Usahasama itu memberi fokus kepada aspek kesihatan dan rawatan kepada golongan kurang berkemampuan.

Hati-hati bayar zakat!
LZNK akan terus memantau aktiviti amil palsu yang menerima zakat fitrah daripada orang ramai.

Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu
Umat Islam di Kedah diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu.