KUALA LUMPUR: Usaha Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk memberikan tawaran am melibatkan Boustead Plantations Bhd (BPlant) masih diteruskan, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, LTAT berkata ia akan membuat pengumuman atau pemberitahuan yang berkaitan apabila perlu, menurut keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Pada 5 Okt, BPlant berkata ia telah dimaklumkan mengenai hasrat LTAT untuk meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham walaupun perjanjian kerjasama strategik (SCA) telah ditamatkan bersama antara Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) dan pemegang saham utama BPlant, LTAT dan Boustead Holdings Bhd (BHB).
Sehari sebelum itu, BPlant dan KLK berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak meneruskan cadangan pengambilalihan RM1.15 bilion oleh KLK bagi 33 peratus kepentingan dalam BPlant kerana "syarat terdahulu di bawah SCA tidak dapat dipenuhi pada tarikh akhir 6 Okt 2023."
"Berdasarkan keadaan itu, kedua-dua pihak saling bersetuju bahawa SCA itu ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023," kata kedua-dua syarikat itu dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia.
Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk mengambil alih 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham, BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.
KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPLant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT hasil daripada cadangan pengambilalihan pada RM1.55 sesaham BPlant.
Harga tawaran itu menilai Bplant pada RM3.47 bilion.
Pada Jumaat, saham BPlant ditutup lebih rendah satu sen kepada RM1.47 dengan 1.68 juta saham didagangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

LTAT akan membuat pengumuman apabila perlu, menurut keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain. - Gambar fail/DagangNews

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.

Sarawak, LTAT tunggu kelulusan kawal selia, teruskan perjanjian jual beli ekuiti dalam Affin Bank
Affin Bank juga boleh memperluaskan kelayakan prinsip tadbir urus (ESG) serta meningkatkan inisiatif pembiayaan mampannya.

Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.

Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.

Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.

LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.

Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.

PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.

Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.