KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) selepas sambutan Aidilfitiri.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding LTAT akan bermula pada 20 Jun 2024 dengan memanggil bekas Pengerusi LTAT, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT dan bekas Pengarah Kanan Strategik LTAT.
"Bagi isu Perolehan dan Pembangunan NIISe, PAC akan memulakan prosiding dengan memanggil saksi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Cybersecurity, vendor-vendor berkaitan dengan sistem ini termasuk Sistem Keselamatan Imigresen Nasional Negara (SKIN).
"Tarikh mula prosiding berhubung isu ini akan ditetapkan kemudian dan Terma Rujukan (TOR) akan diserahkan kepada KDN dan JIM sebagai persediaan untuk menyediakan maklumat berkaitan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata PAC mengambil keputusan untuk memulakan prosiding itu kerana terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan membayar sejumlah RM231.5 juta kepada sebuah syarikat atas penamatan kontrak bagi projek SKIN yang kini dikenali sebagai NIISe.
Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata sebanyak empat laporan PAC dan tiga Laporan Tindakan Susulan Kementerian telah dibentangkan semasa Mesyuarat Pertama Sidang Dewan Rakyat kali ini hasil daripada kesemua aktiviti PAC bagi suku pertama 2024.
Selain itu, sebanyak tiga isu telah selesai melalui prosiding yang diadakan PAC, namun masih belum dibentangkan iaitu isu FELCRA Berhad, isu Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp serta isu Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar.
"Secara keseluruhannya, PAC telah bermesyuarat secara purata selama 83 jam bagi suku pertama 2024 yang membabitkan 12 kementerian dan ini tidak termasuk satu lawatan kerja yang telah diadakan di Sarawak pada 5 Februari 2024 bagi meninjau kondisi empat sekolah daif," katanya.
Menurut beliau, berdasarkan tujuh laporan yang telah dibentangkan, PAC Parlimen ke-15 merumuskan bahawa kerajaan perlu terus berusaha memastikan pengurusan kewangan negara terutama sekali daripada kontrak, perolehan dan keutamaan projek yang dilaksanakan diberikan perhatian.
"PAC risau dan bimbang kerana kebanyakan isu disiasat oleh PAC masih mempunyai elemen-elemen seperti proses pembangunan sesuatu projek dimulakan terlebih dahulu walaupun kontrak masih belum dimuktamadkan; kelewatan pelaksanaan projek berpunca daripada pemilihan kontraktor yang tidak cekap dan kelemahan dalam memantau pengurusan projek.
"Bagaimanapun, PAC berpendapat tindakan korektif yang diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala isu berbangkit seharusnya dipuji. Namun, lebih elok jika kesemua projek dilaksanakan secara teratur tanpa sebarang masalah agar rakyat dapat menikmati manfaatnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Mas Ermieyati berkata prosiding LTAT akan bermula pada 20 Jun 2024 dengan memanggil bekas Pengerusi LTAT, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT dan bekas Pengarah Kanan Strategik LTAT. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.