KUALA LUMPUR: Mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru di sini, minggu lalu, boleh mendapatkan khidmat kaunseling pada bila-bila masa dan seberapa banyak sesi yang diperlukan.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan khidmat kaunseling tanpa had oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bagi pemulihan mangsa daripada tekanan perasaan dan trauma akibat insiden berkenaan.
"Mereka hanya perlu menghubungi Prasarana untuk aturkan janji temu dan bertemu kami pada bila-bila masa," kata Penolong Pengarah Kanan bahagian berkenaan Nuridawati Mohd Noor.
Menurut Prasarana, Nuridawati mengetuai sepasukan kaunselor pada sesi penyerahan sumbangan wang ehsan kepada penumpang terbabit pada satu majlis di stesen LRT Dang Wangi di sini hari ini.
Seramai 31 penumpang terlibat dalam insiden berkenaan hadir pada majlis itu.
Prasarana turut memberi jaminan akan meneruskan usaha menyampaikan bantuan kepada semua penumpang yang terbabit dalam insiden berkenaan dan setakat ini syarikat tersebut dapat menghubungi 136 daripada 213 penumpang yang terlibat.
"Kami sedang giat berusaha menghubungi baki 77 penumpang yang setakat ini belum dapat dikesan. Pihak kami berharap mereka yang berkenaan segera menghubungi Prasarana agar kami dapat menyalurkan bantuan," menurut kenyataan itu.
Prasarana memaklumkan penumpang terbabit boleh menghubungi nombor khas di talian 014-7371330 atau e-mel ke recovery2021@prasarana.com.my untuk tujuan bantuan serta urusan kaunseling.
Dalam kejadian 24 Mei lepas, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 25 Mei lepas dilapor berkata dapatan awal mendapati punca kemalangan dua tren berkenaan disebabkan kecuaian pemandu gerabak salah satu tren yang memandu dalam arah yang salah.
Prasarana sebelum ini mengumumkan akan memberikan bantuan khas RM1,000 dan bantuan sokongan lain kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Mangsa yang terlibat hanya perlu menghubungi Prasarana untuk mengaturkan janji temu pada bila-bila masa. - Gambar fail/ Bernama
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.
Insiden pelanggaran tren: MOT tidak 'sembunyikan' maklumat - Wee
Menteri Pengangkutan berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail.
LRT bertembung: Laporan dibentang di Kabinet Rabu depan - Menteri
Laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.
Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.
LRT bertembung: Trauma masih menghantui - Mangsa
Pada hari Isnin malam itu dia baru sahaja selesai bertugas di salah sebuah syarikat perbankan di Ampang, ibu negara sebelum melangkah pulang menuju ke Stesen LRT KLCC.
LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang jika ia diambil oleh penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran itu.
LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.