Kerajaan digesa melakukan pemantauan terhadap pengilang yang mengitar semula minyak masak yang kemudiannya dijual kepada pemborong dan pengguna.
Gesaan itu dikemukakan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) apabila didapati wujud sindiket yang menjalankan aktiviti berkenaan.
Malah, Timbalan Presidennya, Dr Lee Nan Sang berkata sindiket tersebut semakin berleluasa apabila pengguna kini terpaksa membeli minyak masak paket yang dijual dengan kos lebih rendah.
"Aktiviti menjual beli minyak masak kitar semula dengan mencampurkannya dengan minyak baru telah lama berlaku dan merupakan satu industri yang besar dengan memberi keuntungan jutaan ringgit kepada pihak terlibat.
"Sindiket yang berleluasa ini bertindak membeli minyak masak terpakai, diproses dan dijual semula terutamanya dalam bentuk paket sebagai minyak masak," katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya, di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau meragui status halal minyak masak kitar semula kerana ia telah bercampur dengan minyak masak dari pelbagai sumber.
"Minyak masak kitar semula ini datang dari pelbagai sumber seperti hotel, restoran mahupun yang digunakan untuk isi rumah.
"Kita tidak tahu ia digunakan untuk memasak apa, jadi apabila ia bercampur dengan minyak masak yang telah digunakan untuk memasak makanan yang tidak halal, jadi minyak kitar semula itu juga tidak halal," tambahnya.
Malah, beliau meminta agensi terbabit seperti Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengeluarkan senarai pengilang minyak masak yang mematuhi piawai ditetapkan.
Selain itu, beliau turut meminta para pengguna untuk melaporkan kepada agensi penguatkuasa apabila meragui kualiti minyak masak yang dijual atau mengetahui individu yang terlibat dalam sindiket pemprosesan semula minyak masak.
Justeru, katannya perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa apabila kajian menunjukkan minyak masak kitar semula ini boleh membawa penyakit.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 07 2016

Timbalan Presiden LPKPM, Dr Lee Nan Sang (gambar) berkata sindiket tersebut semakin berleluasa apabila pengguna kini terpaksa membeli minyak masak paket yang dijual dengan kos lebih rendah. - Foto Astro AWANI / Rizal Rahim

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

LPKPM dakwa wujud sindiket minyak masak kitar semula, gesa tindakan kerajaan
Timbalan Presiden LPKPM, Dr Lee Nan Sang berkata sindiket tersebut semakin berleluasa apabila pengguna kini terpaksa membeli minyak masak paket yang dijual dengan kos lebih rendah.