KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji semula penurunan kuasa kepada pihak stesen televisyen (TV) untuk proses kelulusan penyiaran sesuatu filem atau drama.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran.
"Semua stesen TV yang membuat proses penapisan siaran perlu mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan klip video tanpa kebenaran yang boleh mencalar imej dan semua stesen penyiar perlu bertanggungjawab dalam memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Selain itu, Zahidi berkata penerbit filem dan drama seharusnya memastikan kandungan bahan yang disiarkan mematuhi garis panduan penapisan filem yang ditetapkan dalam memastikan bahan penyiaran tidak menyimpang daripada ajaran Islam, adat dan budaya Malaysia.
Beliau berkata garis panduan berkenaan perlu mengikut ketetapan LPF, KDN dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Berunsur Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Garis Panduan Siaran Televisyen RTM.
"Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) turut memastikan penggiat industri perfileman tempatan yang menerima Dana Kandungan Digital mematuhi terma kontrak yang telah ditandatangani iaitu kewajipan untuk mendapatkan kelulusan tayangan daripada LPF, KDN ataupun stesen penyiar.
"Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selaku agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lesen-lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan syarat bahawa semua pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) dikehendaki mematuhi peruntukan syarat lesen CASP-I," katanya.
Sementara itu, Zahidi memaklumkan 45 aduan awam diterima sejak 2020 hingga Februari lepas melibatkan perbuatan memalukan fizikal atau kekurangan seseorang iaitu 20 aduan adalah berkaitan penularan kandungan penghinaan keadaan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurutnya, antara kes berkenaan turut melibatkan kandungan oleh akaun Facebook 'Wan Noor Baizura' (Kaklong Dungun) yang kini sedang berada dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan MCMC.
"Atas dasar kawal selia bersama, antara tindakan lain termasuklah pemberian nasihat atau panduan kepada pihak yang terkesan dan mengangkat kandungan yang diadukan kepada penyedia platform media sosial terlibat untuk penelitian lanjut berasaskan terma perkhidmatan dan piawaian komuniti mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Zahidi berkata langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
LPF tidak akan lulus filem papar kandungan LGBTQ - Saifuddin Nasution
Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ, bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.
Tesla rancang bangunkan bateri berasas besi untuk trak, kereta elektrik lebih murah
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata, sebahagian besar trak elektrik akan berasaskan sel besi.
'All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia
Filem tersebut tidak akan ditayangkan berikutan gesaan LPF Malaysia supaya beberapa bahagian filem dokumentari itu dipotong.
LPF teliti filem 'Mentega Terbang' sebelum ambil tindakan - KDN
Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem 'Mentega Terbang' secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Pinda garis panduan: LPF pelawa penggiat industri kreatif sertai sesi libat urus
Ia bagi memberi maklum balas mereka mengenai pindaan Garis Panduan LPF yang diusahakan sejak dua tahun lepas.
Filem Pulau: Treler di media sosial luar bidang kuasa LPF
LPF memaklumkan terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai sebelum membuat keputusan ke atas penapisan kandungan filem.
LPF, KDN kaji semula kuasa stesen TV luluskan filem, drama
Langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran.
Parlimen: LPF kekal bawah KDN, 7 filem tidak lulus tayang sejak tahun 2020
Terdapat 6 filem yang diberi keputusan Tidak Lulus Untuk Tayangan (TUT) manakala bagi tahun 2021 terdapat 1 filem yang diberikan keputusan TUT.
LPF sahkan 'Polis Evo 2' lulus bersih, ditayang dengan klasifikasi P13
LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang memburukkan agama Islam.