PUTRAJAYA: Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif libatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Katanya, garis panduan yang menggantikan garis panduan lama pada 2010 perlu pastikan perkara disepakati dalam Perlembagaan meliputi soal Islam sebagai agama Persekutuan, peranan institusi raja dan bahasa tidak dipertikai dalam kandungan filem.
"Hasrat sebenar Lembaga Penapis Filem (LPF) adalah meminimakan arahan penggubahan agar tidak jejas nilai estetika sesebuah karya.
"Kita benarkan kreativiti penggiat seni dan dalam proses ini, tentunya garis panduan ditambah baik dari terdahulu," katanya ketika berucap melancarkan Garis Panduan Penapisan Filem baharu di sini hari ini.
Beliau berkata garis panduan baharu itu telah mendapat input daripada pelbagai pihak, antaranya pemain industri, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Garis panduan baharu ini telah ditambah baik dari yang terdahulu dan ini bukan keputusan unilateral, proses libat urus itu dibuat dengan semua peringkat pemegang taruh industri perfileman tempatan," katanya.
Sementara itu Saifuddin berkata, penggiat seni perlu bekerjasama dengan LPF dan menganggapnya sebagai rakan kerana mereka bukannya entiti yang ingin menghadkan kreativiti pembuat filem.
"LPF perlu buka seluasnya libat urus dengan pemain industri kerana mungkin ada syor sesuai dengan keadaan masa kini daripada mereka.
"Saya percaya undang-undang itu dinamik dan bukan statik, kita ingin gunakan untuk kukuhkan lagi peranan dan fungsi LPF ini," katanya.
Saifuddin Nasution berkata pada 2023, LPF telah menerima 11,439 permohonan tapisan yang merangkumi tapisan bagi filem, iklan, kandungan stesen televisyen serta bahan publisiti filem.
Berdasarkan buku Garis Panduan Penapisan Filem baharu yang diedarkan, kandungan filem hendaklah tidak menyemarakkan isu perkauman, ketegangan politik dan kesalahfahaman terhadap agama.
Selain itu, kandungan filem hendaklah tidak menyentuh gaya hidup liar, tidak berpedoman, songsang dan bertentangan dengan budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya. - Foto Bernama
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.