Low Yat Group menjangka projek kediaman mewahnya, Tribeca, yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM490 juta siap pada 2017.
Pengarah Eksekutifnya Low Su-Ming berkata projek apartmen berperkhidmatan mewah itu yang akan memulakan pembinaan bulan depan, akan dibangunkan dalam dua fasa bagi tempoh pembangunan empat tahun.
Bercakap kepada pemberita di pelancaran projek itu hari ini, beliau berkata 40 peratus daripada keseluruhan 318 unit ditempah sebelum pelancaran rasmi dan majoriti tempahan dibuat oleh orang asing kebanyakan dari rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti projek kediaman mewah lain berdekatan kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), beliau berkata Tribeca menawarkan harga lebih mampu milik seunit.
"Dengan unit lebih kecil yang berkeluasan daripada 500 hingga 900 kaki persegi, kami berupaya menyediakan harga mutlak berpatutan daripada RM1 juta hingga RM2 juta seunit," katanya.
Bagaimanapun, harga bagi unit-unit lain tidak diumumkan.
Tribeca ialah pembangunan kediaman 36 tingkat yang terdiri daripada studio, suite dan loft bersama dengan ciri-ciri menarik seperti kolam renang, kawasan bersantai yang dipanggil 'sky pods', kawasan parkir dan lain-lain.
Projek itu akan menjadi pembangunan kediaman bertaraf dunia yang direka bentuk bagi mereka yang mencari elemen terbaik hidup di bandar, dengan unit kediaman canggih yang menampilkan lagi kerancakan aktiviti dan kemudahan yang disediakan, kata Low.
Projek kediaman itu terletak di tanah pegangan bebas sepanjang Jalan Imbi dekat Bukit Bintang dan bersebelahan Tun Razak Exchange.
Pelancaran Tribeca dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Ditubuhkan pada 1940, portfolio pembangunan hartanah Low Yat Group itu terdiri daripada hartanah daripada projek perumahan pasaran pertengahan hingga projek mewah yang termasuk Bintang Fairlane Residences, MyHabitat apartments, Federal Hotel, Capitol Hotel dan Low Yat Plaza, gedung gaya hidup IT terbesar Malaysia.
Bernama
Sat Jul 20 2013
JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan
Kejadian itu dikesan sekitar jam 12 tengah hari apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya
Zulkarnain Idros iaitu bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mendengar keputusan rayuan 18 bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Kes culik: 3 suspek tiba di mahkamah untuk reman
Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.
SUKMA: Muhammad Hamzan amal diet ketat demi pertahan pingat emas
Pesilat kebangsaan Muhammad Hamzan Halim mengamalkan diet ketat agar tidak terlepas peluang sekali lagi meraih emas pada temasya Sukan SUKMA.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama lain pada Selasa.
Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah
Kesemua mereka kelihatan tenang sebelum memasuki bilik bicara Mahkamah Rayuan jam 8.45 pagi.
Dua beranak maut motosikal terbabas langgar tiang lampu
Mangsa bersama anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka terbabas.
AWANI Pagi: Penerbit Filem Malaysia Di Hollywood, Lancar Filem ‘Sight’
Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik
Kata Macron, adalah menjadi kebanggaan Perancis dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik.
AWANI pagi: Memperluas ekosistem industri kanak-kanak
Pembangunan kanak-kanak tidak hanya tertumpu kepada aspek pendidikan awal, malah penyediaan tenaga mahir merangkumi keseluruhan aspek juga adalah penting.
Bagaimanakah ekosistem ini boleh ditambah baik dari semasa ke semasa?
Bagaimanakah ekosistem ini boleh ditambah baik dari semasa ke semasa?
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Beckham terpukau keindahan Kuala Lumpur, KLCC
LEGENDA Manchester United, David Beckham mengakui teruja dengan keindahan pemandangan Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.
Pelakon 'Hometown Cha-Cha-Cha' Kim Seon Ho tunai janji jalan-jalan di KLCC
Tidak hanya KLCC, malah Seon Ho juga mengikuti cadangan peminat untuk mengambil angin di lokasi menarik seperti Dataran Merdeka.
Sultan Brunei hadir majlis makan malam dihoskan oleh PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.
Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.
YEF2023 tawar ribuan pekerjaan, platform suarakan pandangan
Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para belia tentang peluang pekerjaan dalam era ekonomi digital.
Setaraf artis Korea! Ribuan manusia banjiri KLCC untuk bersama pelakon High Council
Antara barisan pelakon yang hadir ialah Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Fazziq Muqris, Naim Daniel dan ramai lagi.
UEM Sunrise mampu jana keuntungan lebih baik dengan pembelian tanah lain - AmInvestment
Menurutnya, nisbah kos kepada GDV bagi tanah itu, iaitu 26%, adalah tidak menarik berbanding julat purata industri antara 15% dan 20%.