GOPENG: Sebuah lori dengan muatan simen mengalami kebakaran di Kilometer (km) 299.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam, Sabtu.
Katanya sejurus panggilan kecemasan itu diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikerahkan ke lokasi dengan dibantu jentera 'Water Tanker' dari BBP Tapah.
“Kebakaran melibatkan bahagian hadapan lori dengan muatan simen yang mana ia musnah kira-kira 50 peratus. Walau bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat.
“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api dengan menggunakan satu aliran pancutan air daripada jentera serta dua unit tong ‘foam’,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Nazir Mohd Alip itu tamat pada jam 11.35 malam.
Sementara itu, PLUSTrafik menerusi akaun Twitter memaklumkan kejadian itu telah menyebabkan lorong kiri di km 299.4 itu terhalang dan trafik sesak kira-kira 9 km.
Walau bagaimanapun, berdasarkan ciapan pada jam 11.59 malam, PLUSTrafik memaklumkan hanya lorong kecemasan sahaja ditutup namun trafik sesak hingga 14 km.
Justeru, katanya pengguna lebuh raya terutama yang akan melalui laluan Tapah ke Gopeng, dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan trafik yang lebih teruk.
Amirrul Rabbani
Sat Dec 10 2022

Sebuah lori dengan muatan simen mengalami kebakaran di Kilometer (km) 299.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi. - Foto JBPM Perak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lori muatan simen terbakar, lebuh raya sesak 9km
Sebuah lori dengan muatan simen mengalami kebakaran di Kilometer (km) 299.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi.

Warga emas maut kereta bertembung lori simen
Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan simen.