Gara-gara terkejut setelah di hon kenderaan lain menyebabkan seorang pemandu lori gagal mengawal kenderaannya mengakibatkan lori kontena itu terbabas lalu terbalik di KM148 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Juru di sini pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh lebih dua kilometer apabila laluan menghala ke utara terhalang akibat lori yang merintangi keseluruhan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas lori kontena dipandu lelaki berusia 46 tahun itu cuba menukar laluan dari lorong kiri ke kanan.
Pada masa yang sama, terdapat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun di lorong kanan apabila lori tersebut mengubah haluan ke lorong kanan secara tiba-tiba.
"Pemandu kereta telah membunyikan hon menyebabkan pemandu lori terkejut sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan itu sehingga terbalik dan merintangi laluan tersebut" katanya.
Nik Ros Azhan berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat May 19 2018

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh lebih dua kilometer apabila laluan menghala ke utara terhalang.- Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis lengkapkan kertas siasatan langgar SOP solat Aidiladha
Siasatan kes selesai dengan seramai 83 warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 25 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Langgar SOP solat Aidiladha: 49 lelaki sudah ditahan - Polis
Tangkapan membabitkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan.

Polis kesan 200 warga asing langgar SOP solat sunat Aidiladha atas jalan
Kumpulan itu didapati berbuat demikian selepas pengurusan surau tidak membenarkan mereka solat di dalam surau berikutan melebihi had ditetapkan.

Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini
Sanusi akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.

Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.

Kualiti hidup terjejas, 3,000 penduduk 'terseksa' angkara operasi kuari
Selain berdepan pencemaran udara, mereka juga tidak sanggup lagi dikejutkan dengan bunyi gegaran kuat akibat kerja meletupkan batu kuari.