ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan sedia disiasat dan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown dalam satu kejadian di Juru, Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.
"Saya akan serahkan kes ini kepada polis, mungkin (saya boleh sahkan) petang ini polis akan datang untuk ambil statement saya, (berhubung) apa yang berlaku, saya akan bagi statement (kepada pihak) polis.
"Saya serah kepada polis... kalau polis dapati apa yang telah terjadi itu satu kesalahan dan saya didakwa... saya yakin kesalahan itu tidak membawa hukuman gantung sampai mati... mungkin kompaun saja.
"Saya akan bayar, kalau pekerja (di showroom) pun didapati bersalah, kompaun dia pun saya akan bayar... siapa lagi yang bersalah dalam peristiwa itu pun saya akan bantulah untuk bayar kalau mereka kena kompaun.
"Saya tak ada niat nak beli kereta baharu hanya kerana banyak kereta di situ, saya tertariklah juga... macam kita pun orang (kalau) benda benda cantik ini tentulah kita ada tertarik.
"Saya tak tertarik dekat janda, tak tertarik dekat 'minah rewang' saya tertarik pada kereta saja... jadi saya turun tengoklah, bukan saya tengok perempuan saya tengok kereta Raptor (sahaja)," katanya berseloroh.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al Farabi, Jalan Stadium, Alor Setar pada Isnin.
Dalam pada itu, mengenai penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), katanya MPV itu digunakan berdasarkan kapasitinya sebagai Pengerusi SADA dan kerap menggunakannya bagi perjalanan jauh.
Pada Sabtu, tular gambar dan video memaparkan seorang individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang melarang aktiviti jualan serta pameran kenderaan.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Jun 07 2021

Sanusi akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis petang ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Langgar SOP: Polis serah kompaun kepada MB Kedah semalam
Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kompaun berkenaan telah diserahkan kepada Muhammad Sanusi pada Ahad, namun beliau enggan mendedahkan nilainya.

Pandu uji kereta: Polis rekod keterangan Muhammad Sanusi
Selain Muhammad Sanusi, polis juga merekodkan keterangan empat individu lain untuk membantu siasatan.

Pandu uji kereta: Sanusi sedia disiasat, beri keterangan kepada polis petang ini
Sanusi akan memberi keterangan berhubung dakwaan memandu uji kenderaan, kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang ini.

Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP
Komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta.