MUAR: Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita, dua tahun lepas.
'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Amran Jantan.
Mengikut pertuduhan, Abdul Hamim didakwa merogol wanita berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak antara 1 tengah hari dan 2.05 petang, 26 Sept 2019.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Amran membenarkan Abdul Hamim diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin dan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 8 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar dan Muhammad Azfar Mahmod manakala Abdul Hamim diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali, Muhammad Hariz Md Yusof dan Muhammad Noor Azfar Noor Azmi.
Terdahulu, Abdul Hamim turut didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan mengugut dan mengurung seorang bekas pekerjanya, bulan lepas dan dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Long Tiger sebelum ini menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui beberapa sesi siaran langsung di platform media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021

Long Tiger sebelum ini menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Long Tiger' didakwa rogol seorang wanita
Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita, dua tahun lepas.