Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memberi penjelasan terperinci mengenai definisi tanda atau logo 'Tiada Babi' yang dipamer di premis makanan, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata logo atau tanda tersebut seolah-olah menunjukkan makanan di premis berkenaan berstatus halal dan jika dibiarkan ia boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan bangsa di negara ini.
"Saya telah arahkan pegawai-pegawai untuk melihat kembali supaya tiada muslihat oleh pemilik premis makanan dari segi tanda yang dipamerkan.
"Bagi pengguna Islam, premis mempamerkan tanda 'pork free' (tiada babi), tidak ada logo halal... janganlah masuk sebab mereka buat tanda itu mungkin untuk kaum lain yang tidak makan khinzir," katanya.
Hamzah bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 54 ketua-ketua sesi 2016/2017 bagi kawasan Parlimen Larut di Sungai Bayor di sini semalam.
Pada Ahad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda 'Tiada Babi' seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.
Beliau berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungi oleh pengguna beragama Islam.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mempamer logo halal tetapi menjual makanan tidak halal.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata pihaknya akan mengadakan operasi besar-besaran ke atas pemilik premis yang tidak mempamerkan lesen dan menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing mulai minggu depan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata mana-mana pemilik yang didapati meyerahkan operasi perniagaan mereka kepada pekerja asing akan diarah menutup kedai selain barangan akan dirampas.
"Walaubagaimanapun dalam perundangan, ada restoran yang layak mempunyai pekerja asing seperti bekerja di stesen minyak, pencuci pinggan mangkuk memang kita benarkan," katanya.
Bernama
Tue Feb 16 2016
![Logo 'Tiada Babi': KPDNKK akan perjelas definisi Logo 'Tiada Babi': KPDNKK akan perjelas definisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455582582_PorkFree.jpg)
HAMZAH: Saya telah arahkan pegawai-pegawai untuk melihat kembali supaya tiada muslihat oleh pemilik premis makanan dari segi tanda yang dipamerkan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668879809_TBAsyrafWajdi.jpg)
Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi
Siasatan menyeluruh perlu dilaksana terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes buli di MRSM.
![PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718165173_TBpc.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi
Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Kerajaan Perpaduan jaga, tidak abai kedudukan agama Islam - Asyraf Wajdi Kerajaan Perpaduan jaga, tidak abai kedudukan agama Islam - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719617701_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerajaan Perpaduan jaga, tidak abai kedudukan agama Islam - Asyraf Wajdi
Katanya, dakwaan pembangkang kononnya kedudukan Islam kini terabai adalah tidak berasas, malah sengaja ditimbulkan bagi meraih sokongan pengundi.
![IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719328663_TBAsyrafWajdi.jpg)
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
![PRK Sungai Bakap: UMNO gerak jentera parti bantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan PRK Sungai Bakap: UMNO gerak jentera parti bantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718165173_TBpc.jpg)
PRK Sungai Bakap: UMNO gerak jentera parti bantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan
UMNO akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71584578394_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
![Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718080106_DebatMRSM.jpg)
Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2024 telah meningkat dengan begitu ketara sekali.
![Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715592406_TBAsyrafWajdi.jpg)
Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.