Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bukan hanya bagi penganjuran perlumbaan Formula satu (FI), dan Sepang International Circuit Sdn Bhd akan mempromosi lebih banyak sukan permotoran di venue berkenaan, kata pengerusinya Tan Sri Azman Yahya.
"Kerjasama kami dengan F1 telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Sepang, industri sukan permotoran dan sektor pelancongan sukan Malaysia.
"F1 memainkan peranan penting sejak adanya SIC. Kita jauh berkembang dalam tempoh dua dekad lepas," kata Azman mengenai kedudukan Grand Prix F1 Malaysia dan pelan pembangunan SIC, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media hari ini berkata kontrak penganjuran F1 ditamatkan bermula tahun depan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran perlumbaan itu.
Azman menjelaskan perbincangan berhubung keputusan tersebut telah dilakukan sejak tahun lepas.
"Kami sudah meneliti perkara ini secara terperinci...kita lakukan analisa kos, kita kaji pro dan kontra mengenai keputusan ini. Malah, kita menjalankan kajian menyeluruh sebelum kita memperbaharui kontrak.
"Keputusan ini dibuat dengan persetujuan bersama antara SIC dan FOM
(Formula One Management). Kontrak ini membolehkan penamatan awal dengan persetujuan bersama. Jadi, kedua-dua pihak telah bersetuju," kata Azman.
Beliau berkata tiada penalti dikenakan terhadap Malaysia berikutan penamatan kontrak tersebut.
Malaysia telah menganjurkan Grand Prix F1 selama 19 tahun sejak perlumbaan sulung pada 1999.
Azman berkata peruntukan bagi penganjuran perlumbaan F1 akan disalurkan kepada program pembangunan SIC dan menaik taraf kemudahan di litar berkenaan.
"Antara pelan pembangunan segera SIC adalah memasang sistem lampu bagi aktiviti perlumbaan waktu malam. Kami bercadang memasang lampu limpah LED dengan purata 50 lux. Ini akan membolehkan penggunaan litar itu pada waktu malam.
"Ia bukan sistem lampu untuk F1, bukan bagi perlumbaan antarabangsa, tetapi sudah cukup untuk membekalkan cahaya kepada keseluruhan litar. Ia sesuai bagi acara trek, ujian tayar dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata SIC juga mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar berkenaan kepada pelbagai guna, iaitu sebagai hab pendidikan dan hiburan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Berikutan pelan-pelan yang dirancang itu, kita akan terus menjadi venue penting bagi sukan permotoran pada tahun-tahun akan datang," kata Azman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017

Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Tan Sri Azman Yahya berkata lokasi itu boleh mempromosi lebih banyak sukan permotoran yang lain.

IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak
IKEA dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

'Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral je tak payah ABC'
Menerusi salah sebuah entri, Sheila berkongsi foto ketika menikmati Air Batu Campur (ABC) bersama suaminya itu.

Litar Antarabangsa Sepang bukan hanya perlumbaan F1 - Pengerusi SIC
Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Tan Sri Azman Yahya berkata lokasi itu boleh mempromosi lebih banyak sukan permotoran yang lain.

Malaysia tidak ikut langkah Singapura hentikan penganjuran F1 - Azman
Malaysia tidak akan mengikut langkah Singapura dengan menghentikan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat.