Malaysia tidak akan mengikut langkah Singapura dengan menghentikan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat.
Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya berkata setakat ini kontrak penganjuran F1 bersama Formula One Management (FOM) masih kekal sehingga 2018 tetapi pihaknya akan melakukan kajian mengenai perlumbaan yang telah dianjurkannya sejak 1999.
"Kita tidak mengikut jejak Singapura, kita akan buat keputusan dengan cara kita sendiri...SIC masih mengkaji kesan ekonomi berhubung penganjuran F1 sebelum membuat keputusan.
"Buat masa ini, kontrak masih kekal sehingga 2018, cuma kita terpaksa membuat kajian tentang F1 lebih awal. Kos penganjuran F1 telah meningkat 10 kali ganda berbanding kali pertama ia diadakan.
"Kita sudah anjurkannya selama 18 tahun. Sejak awal penganjurannya, kita mahu meletakkan Malaysia dalam peta sukan bermotor dunia dan kita berjaya," kata Azman selepas melancarkan perlumbaan kereta lasak 12 jam Motul Sepang di sini hari ini.
Portal sukan permotoran, motorsport.com, melaporkan Ketua Eksekutif Formula One Group, Bernie Ecclestone mendedahkan penganjur Grand Prix (GP) Singapura tidak lagi mahu mengadakan perlumbaan itu.
Menurut laporan itu, sejak beberapa bulan lalu sudah timbul spekulasi sama ada Singapura mahu memperbaharui kontrak mereka selepas perlumbaan tahun hadapan.
Malaysia akan menganjurkan perlumbaan GP F1 tahun hadapan pada 17 Sept iaitu dua minggu lebih awal daripada GP Singapura, berbeza dengan penganjuran tahun ini di mana Singapura terlebih dahulu menganjurkannya sebelum saingan di Litar Sepang.
"Saya tidak tahu sama ada Singapura telah menarik diri, komen itu dibuat Ecclestone. Setiap kali kita memperbaharui kontrak, kami akan menilai kesannya kepada ekonomi negara. Kos menganjurkan F1 meningkat setiap tahun.
"Kami perlu melihat kemampuan F1 menarik penonton dan pendedahan media. Saya rasa kesan daripada penurunan penonton di sini, tiada kaitan dengan GP Singapura," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 21 2016

Setakat ini kontrak penganjuran F1 bersama Formula One Management (FOM) masih kekal sehingga 2018. - Gambar fail
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.
Eddie Jordan meninggal dunia akibat kanser prostat
Bekas pemilik pasukan Formula Satu, Eddie Jordan yang memberi peluang debut kepada Michael Schumacher meninggal dunia akibat kanser prostat, pada Khamis.
Lebih 700 rakyat terbunuh dalam serangan udara sejak Selasa
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa.
AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis.
Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.
Melaka tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi pelancaran sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026).
Hampir 10,000 penunggang motosikal terkorban dalam dua tahun
Sebanyak 9,973 kematian melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

'Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral je tak payah ABC'
Menerusi salah sebuah entri, Sheila berkongsi foto ketika menikmati Air Batu Campur (ABC) bersama suaminya itu.

Litar Antarabangsa Sepang bukan hanya perlumbaan F1 - Pengerusi SIC
Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Tan Sri Azman Yahya berkata lokasi itu boleh mempromosi lebih banyak sukan permotoran yang lain.

Malaysia tidak ikut langkah Singapura hentikan penganjuran F1 - Azman
Malaysia tidak akan mengikut langkah Singapura dengan menghentikan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat.