SEREMBAN: Isu limpahan air bewarna merah yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights di Senawang di sini seperti yang tular baru-baru ini sebenarnya bukan darah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani berkata, pihaknya bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains telah melakukan lawatan ke tapak perkuburan tersebut pada petang Sabtu.
"Berdasarkan penerangan yang diberikan, kawasan perkuburan tersebut mempunyai aliran mata air dan kandungan tanahnya mempunyai batuan bewarna merah sekali gus apabila ia bercampur telah mengakibatkan berlaku limpahan air bewarna merah di kawasan itu.
"Selain itu, kawasan tapak tanah perkuburan tersebut dahulunya adalah kawasan berpaya dan memang sering berlaku limpahan air terutama ketika waktu hujan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Mohamad Taufek berkata, selepas mengambil kira perkara tersebut, pihak MBS membuat keputusan untuk menutup tanah perkuburan tersebut kerana lot tanah yang tinggal tidak lagi sesuai untuk dikebumikan jenazah.
"Tanah perkuburan tersebut akan ditutup sementara sehingga kerja-kerja pembinaan teres di sebidang tanah yang terletak bersebelahan tanah perkuburan itu siap.
"Tanah itu juga akan digunakan sebagai tapak tanah perkuburan. Kerja-kerja pembinaan teres sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya hakisan di tanah tersebut, ia dijangka siap kira-kira dua bulan lagi.
"Buat sementara Tanah Perkuburan Islam Forest Heights akan ditutup bagaimanapun aktiviti ziarah masih boleh dijalankan," katanya.
Oleh itu urusan pengkebumian jenazah umat Islam di kawasan sekitar seperti di Paroi dan Senawang akan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam di Bandar Ainsdale.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila ramai dalam kalangan pelayarnya tertanya-tanya keadaan sebenar Tanah Perkuburan Islam Forest Heights selepas beberapa keping gambar dimuat naik memaparkan limpahan cecair bewarna merah seakan darah dan juga minyak sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Sep 25 2021

Mohamad Taufek (kanan) ketika meninjau keadaan di lokasi pada petang Sabtu. - Foto ADUN Paroi, Mohamad Taufek

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Melangkah longlai sebelum rebah, warga emas mati berlumuran darah
Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sekitar jam 6.45 petang sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Risiko pasangan pembawa talassemia berkahwin, kesannya pada anak nanti!
Untuk faham lebih lanjut penyakit talassemia ini dan risikonya, baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

'Limpahan cecair bewarna merah bukan darah'
Kawasan perkuburan tersebut mempunyai aliran mata air dan kandungan tanahnya mempunyai batuan bewarna merah.

Bekalan darah di Kedah kritikal, mampu bertahan tiga hari sahaja
Sejak pelaksanaan PKP 3.0 berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini sehingga 50 peratus sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter
Seorang wanita tergamam apabila menyedari terdapat titisan darah daripada bonet hadapan kenderaanya ketika berhenti di sebuah stesen minyak.

PKP 2.0: Bekalan darah Hospital Tuanku Fauziah Kangar hampir kritikal
Kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan antaranya berpunca daripada pembatalan pelbagai program termasuk kempen derma darah.

Bekas pesakit COVID-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan - KP Kesihatan
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

18 maut, 44 cedera, kereta api dan bas bertembung
Sejumlah 18 orang terbunuh manakala 44 lagi cedera, apabila sebuah kereta api barang bertembung dengan sebuah bas persiaran di Wilayah Chachoengsao, kira-kira 50 kilometer timur Bangkok hari ini.

Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.

Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.