KUALA LUMPUR: Berdasarkan data terkini pada 5 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi pula ialah Pahang (nilai RT 1.24), manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (nilai RT 1.08), Kedah (nilai RT 1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (nilai RT 1.04).

Berikut lima perkara penting  kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubunng perkembangan COVID-19 hari ini (6 Julai):

1) Sebanyak 7,654 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 792,693 kes

2) Selangor masih mencatatkan angka tertinggi dengan 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1,550 kes), dan Negeri Sembilan (698 kes).

3) KKM turut merekodkan 4,797 kes sembuh manakala jumlah kumulatif sehingga kini ialah 714,815.

4) Dalam tempoh 24 jam, jumlah korban akibat COVID-19 ialah 103 kematian menjadikan jumlah kumlatif ialah sebanyak 5,677.

5) Turut direkodkan 21 kluster baharu melibatkan 11 tempat kerja, 9 (komuniti) dan 1 (pusat tahanan).