MOSCOW: Sekurang-kurangnya 60 individu di pejabat ByteDance Singapura, syarikat induk TikTok menerima rawatan selepas disyaki keracunan makanan, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Straits Times.

Laporan itu memetik Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa menerima beberapa panggilan meminta bantuan perubatan dan 17 ambulans tiba di tempat kejadian.

Kesemua mereka mengalami sakit perut dan muntah sebelum dibawa ke hospital selepas mengambil makanan daripada sumber yang sama.

SFA dan Kementerian Kesihatan sedang menyiasat kes itu yang disyaki gastroenteritis.

Sehingga 30 Julai, 57 daripada 60 individu yang mengalami gejala gastroenteritis mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

--BERNAMA-SPUTNIK