KUALA LUMPUR:Seramai 42 individu ditahan kerana melakukan kesalahan perjudian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan media, Ismail Sabri menjelaskan 467 individu daripada 517 individu yang ditahan telah dikompaun manakala 50 individu pula direman.

Ini lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Selasa, 17 November 2020:

1) 517 individu ditahan kesalahan ingkar arahan PKP, 467 individu telah dikompaun manakala 50 individu pula direman.

2) Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), 2 penyeludup serta merampas 3 bot/kapal dan 3 kenderaan darat.

3) 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan.

4) 69,443 individu telah pulang ke tanah air ditempatkan di 69 Hotel dan 22 Institut Latihan Awam (ILA)

5) KPDNEHP juga telah melakukan 1,376 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP