KUALA LUMPUR: Kekhuatiran rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November nanti pastinya adalah masalah sama berulang - kerajaan baharu dibentuk, kemudian ADUN lompat parti, kerajaan tumbang, dan pilihan raya sekali lagi.
Namun ada lima tindakan yang boleh diambil supaya ia tidak berlaku lagi, sekali gus memastikan kerajaan baharu hasil PRN kali ini akan terus stabil sehingga mandat diserahkan kembali kepada rakyat bila cukup waktunya.
Menurut saintis politik, Prof Wong Chin Huat, yang pertama untuk mengekang mana-mana ADUN daripada melompat dari satu parti ke parti yang lain adalah dengan meminda Perlembagaan Negeri supaya ada satu enakmen yang boleh memecat mereka yang berbuat demikian.
“Kemudian kita perlu ada peruntukan pembangunan kawasan yang diberikan secara saksama kepada wakil rakyat tanpa mengira parti supaya tak ada orang yang menggunakan alasan itu untuk melompat.
“Ketiga, kita perlukan reformasi dalam DUN supaya ADUN-ADUN yang menjadi ‘backbenchers’ kerajaan mahupun pembangkang ada peluang untuk tonjolkan kebolehan mereka dan berikan sumbangan sebenarnya, jadi tak perlu guna alasan dianaktirikan dan diketepikan.”
Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy & Leadership Institute mengesyorkan supaya perlu ada dua mekanisme undi dalam usaha mengelak jatuhnya sesebuah kerajaan.
“Satu adalah undi tidak percaya yang membina, dalam bahasa Inggerisnya ‘constructive word of no confidence’, maksudnya kita tak boleh jatuhkan kerajaan semata-mata ada orang keluar daripada kerajaan.
“Kedua, tak kira bila pilihan raya, setiap Ketua Menteri yang baharu selepas pelantikannya harus membentangkan satu usul undi percaya kepada dirinya sendiri supaya meningkatkan keabsahan atau legitimasinya dan mengurangkan kebarangkalian atau peluang untuk parti lawan menjatuhkannya.
Tegasnya, parti-parti politik seharusnya tidak hanya membuat jajaran selepas pilihan raya tetapi juga perjanjian sebelum pilihan raya bahawa sesiapa pun yang menang, perkara-perkara tersebut perlu diusulkan dan disokong.
Kata Prof Wong, perlunya reformasi institusi ini supaya tidak kira siapa pun yang menang nanti, yang tetap menang adalah rakyat itu sendiri.
Beliau menjadi tetamu program Agenda AWANI dihoskan oleh Essan Yahya pada Isnin.
Tonton di sini:
Israr Khalid
Mon Nov 08 2021
Menurut Prof Wong, untuk mengekang mana-mana ADUN daripada melompat parti adalah dengan meminda Perlembagaan Negeri supaya ada enakmen yang membolehkan mereka dipecat. -Gambar hiasan
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Warisan kekal utuh, tiada wakil rakyat keluar parti - Shafie
Kata Shafie, dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu mengenai perkara itu sebagai berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan Warisan.
Masidi nafi 15 ADUN Bersatu Sabah sertai USNO
Masidi berkata penyebaran berita palsu tersebut adalah satu tindakan tidak bijak dan matang dalam usaha memecahbelahkan kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN).
Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar
Katanya, budaya tawar-menawar membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti.