IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.
Timbalan Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad berkata pertukaran dan kenaikan pangkat itu membabitkan pengarah JBPM Perak, Kedah, Selangor, Johor dan Putrajaya.
"Rombakan yang dilakukan JBPM ini berikutan persaraan dan kenaikan pangkat pegawai kanan seperti di Kedah akan menerima pengarah baharu yang dinaikkan pangkat manakala pengarah Perak ditukarkan dari Kedah apabila pengarah Perak bersara wajib.
"Selangor, Johor dan Putrajaya akan menerima pengarah yang baharu dan ini adalah lima bertukaran utama yang kita buat mulai esok berikutan persaraan dan juga proses kenaikan pangkat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Penghargaan Pengarah JBPM Perak Azmi Osman dan serah tugas di Ibu Pejabat JBPM Perak di sini hari ini.
Pada majlis itu, Azmi yang bersara wajib selepas 26 tahun berkhidmat, menyerahkan tugas kepada Sayani Saidon yang sebelum ini merupakan pengarah JBPM Kedah.
Sementara itu, Awang Hidzel Awang Bujang dilantik Pengarah JBPM Kedah menggantikan Sayani, Wan Md Razali Wan Ismail dilantik Pengarah JBPM Selangor, Siti Rohani Nadir (Pengarah JBPM Johor) dan Ashari Johari (Pengarah JBPM Putrajaya).
Dalam pada itu, Nor Hisham berkata jabatan itu sentiasa bersiap sedia dalam pelbagai aspek termasuk logistik dan keanggotaan bagi menghadapi cuaca panas untuk meminimumkan impak fenomena itu.
"Pada tahun ini kita agak bimbang dengan keadaan cuaca panas yang melanda seluruh negara Mac lalu dan keadaan sama turut diramal akan melanda pada tahun depan.
"Begitu juga tindakan memadam kebakaran hutan tidak hanya tertumpu kepada JBPM sahaja kerana pihak kami turut bekerjasama dengan beberapa jabatan kerajaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan serta pihak berkuasa tempatan bagi memastikan tiada orang awam terbabit melakukan pembakaran terbuka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.