Ringkasan AI
- Tujuh lelaki sesat ketika mendaki Bukit Maras di Kuala Nerus, dan pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi.
- Pasukan pencarian berjaya menghubungi salah seorang pendaki yang memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan telah menemukan penanda laluan pendakian.
- Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.12 pagi daripada seorang daripada pendaki yang sesat itu, namun identiti mereka masih belum diketahui buat masa ini.
"Pada 11.26 pagi, pasukan pencarian cuba menghubungi nombor tersebut semula dan berjaya bercakap dengan pengadu yang memaklumkan dia bersama enam lagi rakannya, yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun, berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Azli berkata berdasarkan maklumat terkini pada 12.17 tengah hari, pengadu telah berkongsi lokasi mereka yang dipercayai berada di puncak tetapi telah menemukan penanda laluan pendakian dan kini sedang membuat perjalanan turun menggunakan penanda tersebut.
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
-- BERNAMA