KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata JBPM menetapkan sasaran itu sebagai antara langkah proaktif bagi meningkatkan tahap ketersediaan sistem pemasangan keselamatan di dalam bangunan di negara ini.
Selain itu, beliau berkata ia juga menunjukkan usaha pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkasakan program pencegahan kebakaran bagi mengurangkan kerugian kepada ekonomi negara.
"Bagi Januari sahaja, sebanyak 4,027 inap desa atau homestay dan bilik penginapan telah dibuat pemeriksaan penguatkuasaan bahaya kebakaran.
"Begitu juga pada Februari lepas, sebanyak 122 blok di 22 kawasan perumahan awam yang sudah berusia lebih 30 tahun di kawasan bandar raya Kuala Lumpur turut diperiksa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa JBPM berjaya memeriksa 405,529 pili bomba di seluruh negara, melebihi 100 peratus daripada jumlah keseluruhan pili bomba awam bagi 2023.
Sehubungan dengan itu, Nga berkata pada tahun ini pihak KPKT melalui JBPM akan meningkatkan kekerapan pemeriksaan terhadap pili bomba awam yang berada dalam radius tujuh kilometer dari balai bomba.
Beliau berkata jumlah keseluruhan pili bomba yang direkodkan di seluruh negara pada 2023 adalah sebanyak 422,472 unit, merangkumi 357,130 unit pili bomba awam dan 65,342 unit pili bomba swasta.
"Di samping itu, pembangunan projek rintis Command, Control, Commmunication, Computerised and Inteligence telah dilaksanakan bermula 1 Mac lepas dan dijangka siap pada Februari 2026 dengan kos RM47.74 juta.
"Projek rintis ini bagi memperkukuh lagi sistem kawal dan perintah inisiden, mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini, kecerdasan buatan serta mengoptimumkan data raya," katanya sambil menambah projek rintis itu seiring dengan dasar dan usaha pendigitalan Kerajaan MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Nga berkata pada tahun ini pihak KPKT melalui JBPM akan meningkatkan kekerapan pemeriksaan terhadap pili bomba awam yang berada dalam radius tujuh kilometer dari balai bomba. - Gambar fail/Bernama
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.