GOMBAK: Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, di sini tengah hari Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.41 petang.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad. 

Setakat pukul 5 petang kata Ahmad Mukhlis,  kerja-kerja membawa mangsa keluar masih lagi dijalankan.

BERITA LANJUT MENYUSUL