KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan membawa lima agenda utama pada pembentangan Belanjawan Madani kedua, 13 Oktober depan.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata lima fokus utama tersebut berupaya membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih lestari.
“NRECC memberi tumpuan kepada lima agenda utama, iaitu peralihan tenaga, pembangunan rendah karbon, pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti, perlindungan alam sekitar serta pembangunan mineral yang bertanggungjawab,” ujar sewaktu sesi Dialog Belanjawan Madani kedua dan Program Naratif Ekonomi Madani pada Rabu.
Dalam pada itu, Nik Nazmi menjelaskan, menerusi menerusi agenda Peralihan Tenaga, kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) akan dipertingkatkan sehingga 70 peratus pada tahun 2050.
“Dalam memastikan pencapaian sasaran ini, program-program TBB sedia ada akan diteruskan dan inisiatif baharu akan diterokai termasuk pengenalan sistem penstoran tenaga di peringkat penjanaan, penghantaran dan pengagihan, pengukuhan dan pemodenan sistem grid,” katanya.
Sementara itu, beliau menjelaskan agenda kecekapan tenaga akan diperkukuhkan melalui pembentangan Rang Undang-Undang Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) pada Oktober ini bagi membolehkan negara mengawal selia kecekapan dan pemuliharaan tenaga.
Ujarnya, langkah itu juga bertujuan mengurangkan pembaziran dengan memperkasakan pengguna dalam mengurus penggunaan tenaga.
Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, kerajaan akan menyediakan banyak pilihan tenaga alternatif bagi membolehkan kos penggunaan tenaga dapat dijimatkan.
Tambahnya, kerajaan sentiasa peka dan memahami isu kenaikan kos elektrik yang dihadapi pemain industri.
“Sebab itu kita ada banyak beri alternatif selepas ini, mereka boleh buat Penggunaan Sendiri bagi Pemasangan PV Solar (SelCo), langkah penjimatan tenaga dan sebagainya. Jadi itu antara perkara yang dilakukan dan kita juga berasakan bila lebih banyak tenaga peralihan baru ia juga antara perkara yang boleh mengekang (isu kenaikan kos tenaga),
“Sebab sekarang arang batu bergantung kepada bahan import, gas pula banyak turun naiknya. Jadi kita lihat tenaga boleh baharu (TBB) ia bukan saja menghasilkan kelestarian, tetapi juga soal mampu milik dan sekuriti,” jelasnya.
Fahmi Izuddin
Wed Sep 13 2023

Nik Nazmi berkata kerajaan akan menyediakan banyak pilihan tenaga alternatif bagi membolehkan kos penggunaan tenaga dapat dijimatkan. - Gambar fail/BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.

Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.

Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.

31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.